Permohonan Tingkatan 6 2026 di UKM & USM – Kampus Universiti

LocalFamily & Parenting
23 Apr 2026 • 1:50 PM MYT
eCentral
eCentral

Portal rujukan nombor #1 Malaysia. Kini lebih 30 juta capaian sebulan!

Calon lepasan SPM 2025 berpeluang memohon kemasukan ke Program Pendidikan Tingkatan Enam di kampus Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM) menerusi pautan https://sst6.moe.gov.my/.

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang program ini.

Image from: Permohonan Tingkatan 6 2026 di UKM & USM – Kampus Universiti

Pengenalan Tingkatan 6

Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), menyatakan “pendidikan lepas menengah” ertinya Pendidikan yang disediakan untuk seseorang yang sudah tamat mengikut Pendidikan lepas menengah, tetapi tidak termasuk Pendidikan Tinggi.

Tingkatan 6 telah mula beroperasi di sekolah menengah kerajaan dan sekolah menengah bantuan kerajaan lebih daripada 50 tahun dahulu. Pada masa itu, bilangan kelas Tingkatan 6 yang di tawarkan ialah minimum 2 kelas dan maksimum 22 kelas. Terdapat 2 bidang yang ditawarkan iaitu bidang Sains Sosial (Kemanusiaan dan Agama) dan Bidang Sains.

Mulai tahun 2008, Langkah penambahbaikan dari segi pengurusan dan fungsi Tingkatan 6 serta kebajikan murid diberi tumpuan untuk mendaikan proses pengajaran dan pembelajaran Tingkatan 6 lebih menarik serta menyediakan suasana pembelajaran yang kondusif. Cadangan penambahbaikan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2008 merangkumi beberapa aspek seperti pengurusan dan pentadbiran, pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan an penulisan ilmiah, kemudahan fizikal, serta peranan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah.

Manakala pelaksanaan sistem pentaksiran baharu STPM telah dimulakan pada tahun 2012 setelah diluluskan oleh Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) pada 4 Januari 2012.

Tempoh pengajian di Tingkatan 6 adalah selama tiga semester. Murid yang telah menamatkan pengajian menengah atas dan telah menduduki peperiksaan Siji Pelajaran Malaysia (SPM), layak untuk ditawarkan pengajian di Tingkatan 6 jika memenuhi syarat umum dan syarat khusus bagi bidang yang ditawarkan.

Image from: Permohonan Tingkatan 6 2026 di UKM & USM – Kampus Universiti

Permohonan Tingkatan 6 di Kampus Universiti UKM & USM

Mulai tahun 2025, KPM mula melaksanakan Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam melalui kerjasama silang bersama dengan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Program ini akan dilaksanakan secara rintis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Sains Malaysia (USM).

Menerusi kerjasama antara KPM dan Kementerian Pendidikan Tinggi, pelajar akan ditawarkan dua bidang pengajian iaitu sains dan sains sosial.

Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Tahun 2025 yang berjaya dan menerima tawaran ke Tingkatan Enam serta memenuhi syarat yang ditetapkan boleh membuat permohonan program itu mulai 24 April hingga 8 Mei 2026.

Syarat Permohonan

Syarat am permohonan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia
  2. Memperoleh A bagi Mata pelajaran Bahasa Melayu
  3. Sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  4. Markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK) 8.0 dan ke atas

Sila rujuk syarat penuh : https://sst6.moe.gov.my/upload_file/SYARAT%20KEMASUKAN%20KAMPUS%20UNIVERSITI.pdf

PERMOHONAN TINGKATAN 6 KAMPUS UKM (100 tempat) & USM (60 tempat)

▪️Laluan Pengajian: Berpeluang menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda di universiti berkenaan sekiranya memenuhi syarat yang ditetapkan.
▪️Yuran Pengajian: Pengecualian yuran pengajian.

Di UKM bagi pelajar bersekolah di:-
▪️Selangor
▪️Negeri Sembilan
▪️Melaka
▪️Johor
▪️Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
▪️Wilayah Persekutuan Putrajaya

Di USM bagi pelajar bersekolah di:-
▪️Perlis
▪️Kedah
▪️Pulau Pinang
▪️Perak

Syarat Am:
▪️Telah dapat tawaran Tingkatan 6
▪️5A SPM 2024 (termasuk BM)
▪️PAJSK 8.0%.

Syarat Khusus (Bidang Sains):
▪️B English
▪️A Kimia, Fizik/Bio & Add Maths.

Syarat Khusus (Bidang Sastera):
▪️A Geografi & Sejarah, ATAU
▪️A Perakaunan, Pengajian Perniagaan & Ekonomi

Bidang Yang Ditawarkan

Projek rintis Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam kerjasama bersama Kementerian Pendidikan Tinggi ini menawarkan dua bidang pengajian iaitu:

  • Sains
  • Sains sosial
Image from: Permohonan Tingkatan 6 2026 di UKM & USM – Kampus Universiti

Tarikh Permohonan & Semakan Keputusan

Tempoh permohonan kemasukan ke program Tingkatan 6 di UKM dan USM adalah mulai 24 April hingga 8 Mei 2026.

Keputusan permohonan boleh disemak mulai 22 Mei 2026.

Difahamkan calon yang layak akan ditawarkan secara langsung melalui laman web KPM seperti dalam paparan yang dikongsikan di media sosial berikut:

Image from: Permohonan Tingkatan 6 2026 di UKM & USM – Kampus Universiti
Image from: Permohonan Tingkatan 6 2026 di UKM & USM – Kampus Universiti

Tarikh Lapor Diri

Tarikh lapor diri Program Pendidikan Tingkatan Enam di Universiti Awam ini adalah pada 8 Jun 2026.

Cara Permohonan

Permohonan boleh dibuat secara atas talian melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/.

Soalan Lazim

Siapakah yang boleh memohon untuk kemasukan ke Tingkatan 6 di UKM dan USM bagi tahun 2026?

Pemohon mestilah terdiri daripada lepasan SPM 2025.

Apakah bidang pengajian yang ditawarkan bagi kemasukan ke Tingkatan 6 ini?

Bidang pengajian yang ditawarkan adalah Sains dan Sains Sosial.

Apakah syarat permohonan yang mesti dipenuhi oleh pemohon?

– Warganegara Malaysia
– Memperoleh A bagi Mata pelajaran Bahasa Melayu
– Sekurang-kurangnya 5A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
– Markah Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan, dan Kokurikulum (PAJSK) 8.0 dan ke atas

Bilakah tarikh permohonan kemasukan ini dibuka?

Permohonan boleh dibuat mulai 24 April hingga 8 Mei 2026.

Bilakah tarikh keputusan permohonan diumumkan?

Keputusan permohonan akan diumumkan pada 22 Mei 2026.

Bagaimanakah cara untuk saya memohon?

Permohonan boleh dibuat melalui pautan https://sst6.moe.gov.my/.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KPM iaitu https://www.moe.gov.my/.

Baca juga: Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah 2026

View Original Article