Permohonan Visa Lebih Lancar Dan Pantas Melalui MyVISA 2.0 – Beroperasi Mulai 1 Ogos 2025

TechnologyDigital
23 Jul 2025 • 2:15 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membuat penambahbaikan terhadap sistem permohonan visa digital untuk warga asing melalui pelancaran MyVISA 2.0 yang dijadualkan beroperasi pada 1 Ogos ini. Sistem baharu ini merupakan versi terkini kepada platform sebelum ini yang diperkenalkan pada Disember 2021 dan dibangunkan sebagai inisiatif digital bagi menawarkan pengalaman permohonan visa yang lebih efisien.

image is not available

Menurut JIM, MyVISA 2.0 menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi memudahkan proses permohonan visa secara dalam talian sepenuhnya tanpa keperluan hadir ke pejabat fizikal. Antara ciri teknologi utama yang diperkenalkan termasuk Optical Character Recognition (OCR) untuk imbasan automatik dokumen, notifikasi masa nyata, automasi pintar, temu duga maya serta sistem penjejakan dan kelulusan eVisa yang dilengkapi dengan kod QR.

Bagi meningkatkan kemudahan kepada pemohon, aplikasi khusus turut disediakan untuk membolehkan pengurusan permohonan dilakukan secara sendiri. Melalui sistem ini, pemohon tidak lagi perlu hadir ke Pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara bagi tujuan permohonan visa. Dengan ini, diharapkan kualiti perkhidmatan awam dapat ditingkatkan sekali gus menjadikan pengurusan imigresen lebih baik.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved