MAM Malaysia Festival of Speed 2025 Bakal Gegarkan Litar Sepang Ogos Ini

23 Jul 2025 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not availableimage is not available

Susulan kejayaan edisi sulungnya, Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) bersama Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia mengumumkan penganjuran MAM Malaysia Festival of Speed (MFOS) buat kali kedua tahun ini. Acara ini dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 17 Ogos 2025 di Litar Antarabangsa Sepang Petronas (SIC).

Pelbagai Kategori Dipertandingkan

image is not availableimage is not availableimage is not availableimage is not available

MFOS 2025 akan menampilkan pelbagai jenis pertandingan permotoran empat roda dan dua roda, antaranya:

Karting SprintKarting SlalomRaliGymkhana (Kereta)Gymkhana (Moto)E-SportsPocket BikePush Bike – Demo

Walaupun festival ini membuka penyertaan kepada peserta dari dalam dan luar negara, kategori Pocket Bike dan Moto Gymkhana hanya dibuka kepada pelumba Malaysia. Langkah ini selaras dengan misi MAM untuk membangunkan dan melatih bakat muda negara.

Fokus Penyertaan Remaja & Amatur

image is not availableimage is not available

Bagi memastikan pembangunan modal insan dalam sukan permotoran, MAM menyediakan pelbagai kategori umur dan tahap pertandingan. Contohnya, acara demonstrasi Push Bike dijangka menjadi tumpuan ramai, terutamanya kanak-kanak dan remaja yang ingin mengenali dunia permotoran secara lebih dekat.

Presiden MAM, Tan Sri Mokhzani Mahathir berkata, “Kami amat teruja untuk mengadakan kembali Malaysia Festival of Speed (MFOS) buat tahun kedua. Sambutan hangat daripada komuniti permotoran, keluarga dan peminat menjadi pendorong utama untuk menjadikan acara tahun ini lebih berprestij.”

image is not available

Beliau menambah, “Festival ini bukan sekadar perlumbaan, tetapi satu usaha untuk memajukan budaya permotoran Malaysia, menanam bakat muda serta menyediakan platform yang mudah diakses dan inklusif untuk semua.”

Sempena edisi kedua MFOS ini, MAM bercita-cita mengangkat festival ini sebagai acara tahunan bukan sahaja di Malaysia tetapi juga di peringkat serantau, sejajar dengan komitmen untuk mengukuhkan ekosistem permotoran di negara ini dalam jangka masa panjang.

image is not availableimage is not available

Untuk maklumat lanjut tentang penyertaan dan perkembangan terkini MFOS, boleh melayari laman web rasmi atau ikuti media sosial MAM.