Pernah bawa imej Islamik, Hafiz Suip tukar rambut hijau curi tumpuan

20 Oct 2023 • 1:01 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Sekian lama menyepi, penyanyi Hafiz Suip tukar rambut hijau sehingga menarik perhatian warganet yang meninggalkan pelbagai komen.

Menerusi beberapa perkongsian di Instagramnya, Hafiz memuat naik gambar menunjukkan perubahan imej rambut baharu berbanding sebelumnya yang berwarna hitam.

Salah satu perkongsian memaparkan penyanyi berusia 33 tahun itu menghadiri sebuah majlis perkahwinan di sebuah resort di Kuala Terengganu pada minggu lalu.

Selain itu, Hafiz juga mengucapkan tahniah kepada pasangan pengantin disamping berterima kasih kerana telah menjemputnya untuk membuat persembahan.

“Tahniah buat kedua mempelai, semoga berkekalan hingga ke jannah… terima kasih dia atas jemputan… Inshallah umur panjang, kita berjumpa lagi,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, netizen mempersoalkan tindakan penyanyi lagu Awan Nano itu mengubah warna rambutnya.

Kenapa Hafiz Suip tukar rambut hijau?

image is not available

image is not available

Moga terus istiqomah

image is not availableNamun begitu, tidak ketinggalan ramai yang memuji stail rambut tersebut yang dianggap seperti salah satu karakter animasi Jepun, Zorro.

Idola..

image is not available

Terbaik

image is not available

Roronoa Hafiz…

image is not available

 

Zoro tiruan ni…

image is not available

Sebelum ini, Hafiz pernah beberapa kali menyertai tabligh dan membawa imej Islamik sehingga meraih pujian daripada warga maya.

Bagaimanapun, dia belum memberikan kenyataan berhubung perubahan imejrambut berkenaan sama ada stail untuk lagu baharu ataupun sebab lain.

Sumber: Instagram Hafiz Suip