Lama Tak Dengar Cerita, Penampilan Terbaru Hafiz Suip Berambut Hijau Raih Perhatian – “Rambut Style Kafir Ke?”

20 Oct 2023 • 10:41 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sekian lama tidak mendengar khabar berita, penyanyi Hafiz Suip meraih perhatian dan hangat dibualkan oleh warganet di media sosial baru-baru ini.

Mana tidaknya, ramai terkejut melihat penampilan terbaru penyanyi bersuara lunak itu selepas dia memuat naik beberapa keping foto di laman sosial tersebut.

Menerusi hantaran di Instagram itu, Hafiz telah mengubah gaya dan kini rambutnya berwarna hijau tidak seperti kebiasaan yang kita lihat sebelum ini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hafiz Suip (@hafizsuip)

Rata-rata pengikutnya di Instagram terkejut melihat perubahan itu namun mereka memuji penampilan dan gaya tersebut.

Sesetengah individu menyamakan pelantun lagu Kisah Cinta Kita itu dengan karakter anime dan filem dan ada yang turut bertanya mengapa dia berubah sebegitu.

image is not available image is not available

Dalam pada itu, segelintir individu mempersoal perubahan dibuat oleh Hafiz malah turut bertanya jika rambut hijau berkenaan sah untuk dibawa solat.

image is not available image is not available

image is not available 2 weeks ago

Bergambar Dengan Keluarga & Saudara Selepas 'Tournament' Badminton, Nelydia Senrose Dah Tak Bertudung?