Pernah Buat IVF, Abang Tesla Nafi Zuriat Jadi Alasan Untuk Kahwin Dua

Entertainment
27 Aug 2023 • 2:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Muhammad Khal Iltizam Yusry atau lebih dikenali dengan gelaran Abang Tesla menafikan dakwaan netizen yang mengatakan dia berkahwin dua disebabkan masalah zuriat.

image is not available

Memetik laporan Astro Awani, Khal memohon netizen tidak membuat sebarang spekulasi dan mendoakan yang baik-baik buat mereka sekeluarga.

Sebab apa berkahwin lain ini saya tak boleh nak kongsi lanjut kerana banyak hati yang perlu dijaga iaitu keluarga, hati isteri saya, hati pihak di sebelah sana. Tapi apa yang penting adalah ke arah kebaikan”

image is not available

Dalam pada itu, beliau juga mengaku pernah melakukan rawatan persenyawaan In Vitro (IVF) bersama isterinya dan pernah mengandung namun mereka mengalami keguguran. Beliau menyifatkan perkara itu berlaku kerana belum punyai rezeki.

image is not available

Untuk rekod, Abang Tesla menerima kritikan hebat dalam kalangan netizen selepas memuat naik video yang menunjukkan isteri pertamanya bersetuju untuk dia berkahwin dua.

 

image is not available

 

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.