
Korang masih ingat lagi dengan pelajar bernama Ain Husniza, calon SPM 2021 yang menjadi tumpuan selepas membuat dakwaan terhadap guru Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) yang membuat jenaka seksual di dalam kelas ketika mengajar pada tahun lalu?
BACA: Ain Husniza Dikatakan Keluar Kenyataan Berbaur Fitnah Tentang ‘Lawak Rogol’, Bekas Guru Fail Saman
Susalan daripada tindakannya itu, Ain dan bapanya, Saiful Nizam Ab Wahab sering kali mendapat kecaman dari warganet sehingga pernah dimomokkan bahawa ilmu yang dipelajari gadis berkenaan tidak akan pernah berkat sehingga terpaksa untuk menukar ke sebuah sekolah swasta.
Ain tetap mendapat keputusan cemerlang
Walaupun sering mendapat kecaman serta dimomokkan ilmunya tidak berkat, Ain tetap berjaya membuktikan bahawa dirinya mampu berjaya selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM menerusi perkongsian di Twitternya.
From this. To this.#Spm2021 #MakeSchoolASaferPlace pic.twitter.com/E1Qm63gHxO
— ain #MakeSchoolASaferPlace (@ainhsaifulnizam) June 16, 2022
Menerusi ciapannya di Twitter, gadis berkenaan berjaya memperoleh 4A+, 3A dan 1B daripada lapan subjek yang didudukinya.
Di samping itu, Ain turut berkongsi betapa tertekan dirinya menerima pelbagai kecaman dari ramai orang berhubung tindakannya sepanjang menduduki peperiksaan SPM pada bulan Mac yang lalu.

Bukan itu sahaja, Ain turut berkongsi bahawa dia juga pernah diberikan amaran buang sekolah atas tindakannya yang cuba untuk memperjuangkan isu jenaka seksual.
Tahniah Ain
Perkongsian Ain itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka kagum dengan semangat yang ada pada Ain serta mengucapkan tahniah atas keputusan SPM yang cemerlang.



Tahniah Ain Husniza, semoga terus berjaya dalam kehidupan dan tidak pernah mengalah untuk menjadikan sekolah tempat yang selamat untuk semua pelajar.
Kredit: Twitter ainhsaifulnizam
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
The post Pernah Di’momokkan’ Ilmu Tak Berkat Kerana Perjuangkan Isu Jenaka Seksual, Ain Tetap Cemerlang Dalam SPM appeared first on Oh! Media.

