Pernah Didakwa Berkahwin, Emma Maembong Makin Selesa Tayang Kemesraan Bersama DJ Kidd?

Entertainment
5 Aug 2025 • 10:35 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Hib Glam, hubungan antara pelakon jelita, Emma Maembong dan deejay kelab malam iaitu DJ Kidd kembali menjadi perbualan ramai susulan mereka dilihat menghadiri Anugerah Melodi Terhangat 2025 (AMT 2025) bersama-sama.

Emma Maembong ‘mesra’ bersama DJ Kidd?

Dalam Instagram DJ Kidd, dia turut memuat naik foto dan kelihatan mesra bersama sambil menggenakan baju seakan-akan sedondon.

Tidak memperincikan tentang keberadaannya di sana, DJ Kidd hanya meletakkan kapsyen pendek menyatakan minatnya terhadap warna merah jambu, merujuk kepada pakaian yang digayakan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Irfan (@djkidd_official)

Pernah didakwa sudah berkahwin

Sebelum ini, tular dakwaan mengatakan Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail sudah pun berkahwin dengan DJ Kidd.

Malah, mereka turut didakwa bercuti bersama-sama di luar negara susulan tular beberapa foto di platform media sosial.

Bagaimanapun, dakwaan itu dinafikan oleh Emma dan menegaskan tiada sebarang hubungan percintaan antaranya serta DJ Kidd.

image is not available 2025-02-24 08:21:20

"Saya Akan Jadi Suami Terbaik Untuk Awak" - DJ Kid Dan Emma Maembong Bercinta Atau Sudah Bernikah?