Pernah Diharamkan Dulu, Sambutan Halloween Di Arab Saudi Meriah Sampai Kostum Habis Dijual

EntertainmentTravel
30 Oct 2022 • 2:07 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Untuk pengetahuan semua, sambutan Hari Halloween di Arab Saudi adalah diharamkan sehinggalah bermula beberapa tahun lalu apabila acara tersebut dibenarkan disambut di negara itu.

Pada tahun ini, sambutan Halloween disambut dengan meriah oleh penduduk Arab Saudi sehingga New York Times melaporkan bahawa kostum Halloween yang dijual oleh kedai-kedai di sekitar negara itu sold out.

Acara itu telah disambut di Boulevard, Riyadh iaitu ibu negara Arab Saudi. Rata-rata pengunjung yang menyambut acara itu telah memakai kostum menakutkan seperti raksasa, perompak bank, ahli sihir, Zombie, Catwoman dan hantu.

Namun, difahamkan, acara tersebut di mana sesiapa pun boleh memakai kostum seram bukanlah dipanggil Halloween sebaliknya ia dipanggil ‘Scary Weekend’ atau Hujung Minggu Seram.

Acara Scary Weekend itu membolehkan sesiapa sahaja yang memakai kostum seram masuk ke dalam Boulevard secara percuma.

image is not available

Salah seorang pengunjung acara itu mengatakan mereka hanya menyambut acara itu untuk suka-suka. Mereka tidak mempercayai pada hantu atau apa pun, lapor Arab News.

Ada juga hadirin acara itu yang berpendapat acara berkenaan hanyalah sebuah bentuk hiburan yang tidak berbahaya kepada sesiapa.

Dekorasi seram dan pertunjukan bunga api juga turut memeriahkan lagi acara Scary Weekend itu.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.