Pernah Dikaitkan Dengan Al-Arqam, Ini Kisah Bagaimana Tertubuhnya Kumpulan Nasyid Hijjaz, Rabbani & Raihan

LocalEntertainment
23 Sep 2024 • 5:51 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kira-kira pada penghujung tahun 80-an hingga ke awal 2000-an dahulu, penyanyi kumpulan nasyid Rabbani, Raihan dan Hijjaz memang sangat terkenal dengan lagu-lagu mereka yang berunsurkan dakwah dan menjadi pujaan para pendengar.

Bagaimanapun asal usul pertubuhan kumpulan nasyid ini sebenarnyadidakwa ada kaitan dengan Al-Arqam, di mana ramai daripada anggota ini sebenarnya berasal daripada satu kumpulan yang dinamakan Nada Murni dan mereka semuanya adalah kumpulan nasyid di bawah naungan Al-Arqam yang diketuai oleh Ashaari Muhammad atau Abuya.

 

Putera-Putera Al-Arqam

Kira-kira pada tahun 70-an atau 80-an dahulu, ada sekumpulan anak muda dari[ada Al-Arqam yang mula mempelopori industri nasyid di Malaysia.

Mereka dikatakan hanya menghasilkan lagu-lagu nasyid mereka di kawasan gelung saliran air dan mereka berusaha tanpa alat muzik dan studio rakaman yang lengkap menyanyi dengan satu nada sahaja.

image is not available

Lagu-lagu mereka akan dipersembahkan di majlis-majlis ilmu atau majlis ceramah, pada masa itu orang ramai kurang memberikan tumpuan kepada mereka dan mereka memperkenalkan diri mereka sebagai Putera-Putera Al-Arqam Malaysia. Antara lagu-lagu yang dihasilkan adalah Masyarakat Islam Telah Bermula, Tanpa Agama dan Di Pondok Kecil.

Bermula dengan melakukan persembahan di majlis-majlis kecil, penerimaan mereka semakin bertambah apabila kerap melakukan persembahan di majlis-majlis ceramah anjuran Al-Aqram dan secara tidak langsung nama mereka mula dikenali.

image is not available

Sejak dari itu, mereka mula mendapat kemudahan termasuk pakaian persembahan khas dan sistem audio yang lebih baik, malah, waktu inilah Allahyarham Ustaz Asri Ibrahim (vokalis Rabbani) dilantik menjadi vokalis utama.

Pada masa itu juga, lagu-lagu mereka menjadi siulan buat anggota-anggota gerakan dakwah Al-Arqam di Malaysia ini. Malah kualiti lagu-lagu mereka juga semakin meningkat selepas adanya instrumen muzik.

Nada Murni

image is not available

Nama mereka jadi semakin besar dan mereka semakin mula dikenali, tidak lama seleps itu, ramai yang berkejar mahu membeli kaset album mereka setiap kali melakukan persembahan. Dalam pada itu, industri muzik nasyid dilihat semakin meluas kerana tidak lama selepas itu, nama Putera-Putera Al-Arqam ini ditukar menjadi Nada Murni.

Dalam Nada Murni, mereka menggunakan kompang dan alatan muzik tradisional yang lain. Seluruh jemaah Al-Arqam menganggap bahawa Nada Murni ini sama taraf dengan artis lain dalam industri hiburan kerana konsep mereka sangatlah luar biasa pada waktu itu dan memberikan impak besar dalam dunia nasyid.

Pada waktu ini, mereka sudah mula menggunakan teknologi rakaman moden untuk menghasilkan album dan kaset yang lebih banyak dan sekaligus memperkukuhkan kedudukan mereka dalam industri hiburan. Nama mereka semakin terkenal dan pengaruh pun semakin kuat tetapi mereka masih bergerak secara underground sehinggalah….

 

OVA Production ditubuhkan

image is not available

Ia adalah satu syarikat rakaman Al-Arqam sendiri, produksi ini menghasilkan video ceramah, kaset-kaset nasyid kanak-kanak, muslimah dan ingin membawa nama Nada Murni ke tahap lebih profesional dan ‘ke depan’ dalam industri hiburan mainstream.

Di bawah naungan syarikat rakaman ini, kumpulan The Zikr yang dianggotai oleh Nazri Johani, Zairee, Abu Bakar, Soleh dan Azman mula menyinar. Kemunculan The Zikr menjadi asas kepada populariti nasyid dalam arus perdana pada masa itu.

Malah ada juga beberapa artis nasyid dilahirkan seperti Suara SMAKL (yang juga dikenali sebagai Anugerah), Nadamurni II (kanak-kanak), Shaoutussofwa, Nada Athirah, dan Qatrunnada.

Kemunculan The Zikr dan Nada Murni ini juga telah membuatkan nasyid semakin mendapat tempat dalam industri hiburan. Dalam pada itu, kumpulan Nada Murni dilihat jadi semakin hebat setelah munculnya anggota baharu iaitu Munif Ahmad (vokalis Hijjaz) sebagai vokalis kedua dalam kumpulan itu.

Nada Murni dibubarkan

Langit tak selalu cerah, pada tahun 1994 Al-Arqam diharamkan oleh kerajaan Malaysia disebabkan penyebaran ajaran sesat Aurad Muhammadiyah, ia sekaligus telah membuatkan semua artis nasyid dibawah naungan Ova Production ini dibubarkan termasuklah Nada Murni dan The Zikr.

Difahamkan pengasasnya, Ashaari atau Abuya lari ke luar negara untuk mengelakkan diri daripada ditangkap oleh polis. Malah kumpulan Nada Murni pada waktu itu mula menyuarakan ideologi mereka dengan menghasilkan lagu-lagu seperti ‘Bila Abuya Pulang’ .

Bagaimanapun, sumber mengatakan, selepas pengharaman Al-Arqam, bekas anggota Nada Murni berikrar untuk berubah dan meninggalkan ajaran Al-Arqam serta meneruskan karier seni mereka dalam nasyid. Maka Nada Murni dan The Zikr berpecah dan membentuk 3 kumpulan nasyid yang kita kenali sekarang.

 

Hijjaz, Rabbani & Raihan

image is not available

Biarpun kita dapat melihat nama ketiga-tiga kumpulan nasyid ini dah jadi semakin maju, pastinya mereka terpalit dengan kontroversi yang melibatkan Al-Arqam ini memandangkan pertubuhan itu adalah ‘asal-usul’ mereka. Menerusi laporan Malaysiakini, anggota Raihan, Abu Bakar Md Yatim berkata, penglibatan mereka dalam al-Arqam sebelum diharamkan pada 1994, lebih bersifat “ikut-ikut saja”.

Bagaimanapun, dia tidak menafikan wujudnya kekeliruan ketika sedang bergiat di dalam pertubuhan itu. Tambahnya lagi, mereka ketika itu cuma hendak mengamalkan ajaran Islam seperti tidak meninggalkan solat dan menutup aurat.

image is not available

Bagaimanapun, katanya, tidak semua ahli kumpulan mereka pernah menganggotai Al-Arqam, sebaliknya hanya dia dan Amran Ibrahim sahaja kini merupakan bekas ahli pertubuhan itu. Tegasnya lagi, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau lirik dan penyampaian kumpulan-kumpulan nasyid yang berasal daripada pertubuhan pimpinan Ashaari Muhammad itu.

image is not available

“Kebanyakan mereka ini orang muda yang berpelajaran, suka hiburan Islam, lebih kepada pengaruh muzik. Mereka ini sukakan hiburan. Macam kami, memang kami suka menyanyi di samping ingin berdakwah.”

Malah, bekas ahli Rabbani, Allahyarham Mohd Asri juga berkata, kumpulannya tidak lagi mengamalkan ajaran-ajaran yang tidak baik daripada pertubuhan itu.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.