Pernah ‘Dilamar’ Jadi Peserta Talk To My Manager, Leona Terpaksa Tolak Tawaran – “Saya Tahu Orang Akan…”

EntertainmentLifestyle
7 Sep 2025 • 5:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sudah memasuki minggu ketiga, program realiti Talk To My Manager ditonton ramai peminat hiburan yang mahu meihat bakat nyanyian anak-anak selebriti tanah air.

Dalam pada itu, muncul juga persoalan daripada pengguna media sosial tentang pempengaruh, Kasih Iris Leona dan mengapa dia tidak menjadi salah seorang peserta pertandingan itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Leona (@kasihirisleona)

Menerusi siaran langsung di laman sosial, puteri kepada aktor Azhar Sulaiman itu telah menjawab persoalan netizen berhubung penglibatannya di dalam program tersebut.

Akui Leona, pihak produksi ada merisiknya untuk menyertai program tersebut namun dia terpaksa menolak dengan baik tawaran itu kerana menyedari dirinya tiada bakat sebagai penyanyi.

image is not available

image is not available

Saya tak boleh menyanyi dengan baik dan saya tahu orang akan gelakkan kalau saya cuba. Saya suka cabar diri, tapi untuk kali ini, saya rasa lebih baik tidak.

image is not available

Bukan itu sahaja, Leona juga difahamkan turut menolak tawaran produksi sebagai hos program berkenaan kerana akui kurang berminat di dalam bidang tersebut.

image is not available 2025-09-02 12:13:54

Berharap Dapat Komen Baik Daripada Juri, Athalia Sedar Diri Tak Layak - "Industri Ini Tak Pernah Adil"