Pernah ‘Hidupkan’ Batman Dahulu, Pelakon Suara Kevin Conroy Meninggal Dunia Pada Usia 66 Tahun

Entertainment
12 Nov 2022 • 5:56 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Pelakon dan pelakon suara berasal dari Amerika Syarikat, Kevin Conroy dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 66 tahun. Conroy popular dengan peranannya sebagai suara bagi Batman atau Bruce Wayne dalam beberapa siri animasi dan filem pada suatu ketika dahulu.

Dalam satu kenyataan rasmi oleh DC Comics, pihak mereka menyatakan Conroy meninggal dunia selepas bertarung dengan penyakit kanser.

image is not available

Conroy mula membawa watak Batman dalam siri Batman: The Animated Series yang ditayangkan pada tahun 1992 sehingga 1996. Menurut sumber, Conroy berjaya menghidupkan watak-watak yang dibawa dalam hampir 60 produksi berbeza dan 15 filem, termasuk Batman: Mask of the Phantasm.

Selain itu, Conroy juga telah dikreditkan dalam 15 siri animasi, dengan jumlah hampir 400 episod dan dalam 24 permainan video. DC Comics menggelar Conroy sebagai ‘figura terkenal’ di konvensyen komik.

Selain peranan beliau sebagai Batman, Conroy juga terkenal dengan beberapa watak dalam filem yang dilakonkan seperti A Midsummer Night’s Dream, Eaatern Standard and Hamlet.

Kredit: DC Comics

image is not available

Sumber: CNET

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.