Pernah Jumpa Di Gunung Jerai, Gadis Dakwa Ada ‘Kembar’ Ular Emas & Selalu Bergurau Dalam Mimpi

8 Sep 2022 • 3:13 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Ular Besar Ikut Dari Belakang, Gadis Dakwa Ada Kembar Ular Emas Hidup Di Alam Lain

Perkara ghaib dan mistik seperti anak dalam kandungan hilang didakwa diambil bunian sering kali menjadi bualan orang kita. Namun, sama ada sahih atau tidak kisah-kisah yang diceritakan masih menjadi tanda tanya kepada kita yang tidak pernah berdepan dengan situasi tersebut.

Begitu juga dengan satu kisah yang disampaikan oleh seorang gadis apabila mendakwa dirinya mempunyai kembar seekor ular berwarna emas. Mungkin kedengaran agak aneh dah tidak masuk akal, namun katanya, kejadian seperti itu bukanlah kali pertama berlaku dalam susur-galur keturunannya.

Menerusi video yang dimuat naik menerusi akaun Tik Tok miliknya, kejadian seperti itu juga pernah berlaku pada moyang dari keluarga sebelah ayahnya yang juga melahirkan seorang bayi manusia dan juga seekor ular. Walau bagaimanapun, kembar ular itu tidak tinggal bersama dan mendakwa ia menetap di alam lain.

“Bayi manusia tu duduk dengan dia (moyang) tapi kembar ular tu duduk alam lain. Ular tu akan datang kat ibu dia hanya untuk menyusu sahaja. Tapi itu cerita moyang Puteri,” jelasnya di awal video tersebut.

Berbeza dengan kisah moyang yang diceritakan oleh ayahnya, menurut Puteri, dia mula berjumpa dengan ‘kembarnya’ itu apabila dia dan keluarga berkunjung ke Gunung Jerai, Kedah semasa masih berusia dalam lingkungan dua tahun.

“Pasti ramai yang tertanya-tanya apa kaitan ular itu dengan Puteri. Masa Puteri kecil, ayah Puteri ada cerita, masa kami berkunjung ke Gunung Jerai, Puteri cakap yang ada seekor ular besar ikut Puteri dari bawah sampai atas. Tapi, orang lain tak nampak, Puteri seorang je yang nampak,” jelasnya lagi.

Dalam pada itu, Puteri juga mendakwa selepas peristiwa itu, dia sering bermimpi seekor ular dan berminat dengan haiwan eksotik tersebut secara tiba-tiba.

“Bermula dari situ, ular emas sering kali masuk dalam mimpi puteri. Paling best, kami bergurau dan melawak dalam mimpi. Sampaikan bila dia bergurau gigit Puteri, bila bangun tidur, mesti ada kesan gigitan pada lengan.

“Tapi, Puteri tak anggap hal itu terlampau serius, hanya sekadar mainan tidur saja. Terkejut juga masa mandi sebab perasan kat tempat dia gigit memang ada kesan. Ular kan ada dua, taring, jadi kesan dua taring tu memang ada kat lengan, tapi tak sakit,” tambahnya lagi.

@putrysyza

part 1 – ular emas . Nak part 2 comment okeyimage is not available

♬ original sound – puterisyza – puterisyza

Perkongsian yang dibuat gadis ini nyata menarik perhatian ramai netizen, khususnya pengikut dirinya di TikTok.

Rata-rata merasa tertarik dan mahu tahu lebih lanjut mengenai kisah kembar ular emas tersebut. Puteri kemudian memuat naik beberapa bahagian video untuk berkongsi lebih lanjut mengenai kisah hidupnya itu.

@putrysyza

Replying to @isha image is not available srsly sayaa takpandai berceritaaa but i try my best to story fr uolls image is not available . #ularemas #fypシ

♬ original sound – puterisyza – puterisyza

Sumber: Puteri Syza