Pernah Kongsi Ketegangan Rumah Tangga, Minhwan & Yulhee Sudah Lama Beri ‘Hint’ Mahu Berpisah?

5 Dec 2023 • 11:43 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Siapa sangka pasangan yang disangka bahagia sahaja iaitu Min-hwan F.T. Island dan Yul-hee LABOUM rupanya melalui onak duri?

Kelmarin, pasangan tersebut mengumumkan menerusi akaun masing-masing bahawa mereka memilih untuk berpisah. Bahkan rupanya kedua-dua mereka sudah lama sebenarnya tidak mengikuti akaun masing-masing.

Tak cukup dengan itu, Min-hwan dan Yul-hee turut memadam gambar satu sama lain di akaun mereka sekaligus membuktikan bahawa hubungan itu tak dapat diselamatkan lagi.

Kata ahli F.T. Island itu,

Selepas perbincangan panjang, saya dan isteri bersetuju untuk menamatkan perkahwinan kami.

image is not available

Ulas Yul-hee pula,

Selepas usaha dan perbualan mendalam, saya dan suami memilih untuk menyokong satu sama lain mengikut jalan masing-masing.

Menerusi perkahwinan itu, kedua mereka mempunyai 3 orang anak iaitu seorang anak lelaki dan anak perempuan kembar.

Disebabkan oleh penceraian ini, para netizen mula mengorek ‘ketidaksefahaman’ antara mereka. Sebelum ini, Min-hwan pernah mempersoalkan pilihan Yul-hee untuk mengeluarkan kos yang terlalu tinggi untuk pendidikan anak-anak mereka ketika menyertai rancangan “Dr. Oh’s Golden Clinic”.

Kita harap yang terbaik lah untuk mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.