Pernah Rekod Kematian Di Sabah, Kenali Simptom Batuk Kokol Wabak Boleh Bawa Maut

Local
21 May 2023 • 8:47 AM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Selain daripada strok haba, wabak batuk kokol semakin menular di kalangan masyarakat musim ini.

Pernah Rekod Kematian Di Sabah, Kenali Simptom Batuk Kokol Wabak Boleh Bawa Maut. Baru-baru ini juga terdapat berita yang mengatakan kes batuk kokol di Sabah telah meningkat sebanyak 986 peratus.

Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan negeri ini mencatatkan 76 kes batuk kokol sejak Januari sehingga 27 April lalu.

image is not available
Gambar sekadar hiasan

Apa itu Batuk Kokol?

Batuk kokol, juga dikenali sebagai pertussis. Menurut Dr Ahmad Samhan, batuk kokol dikira sebagai penyakit pernafasan dan sangat mudah berjangkit, melalui hidung dan kerongkong.

Pada kebanyakan kes, ia serupa dengan batuk yang teruk diikuti dengan bunyi nyaring ketika menarik nafas yang berbunyi seperti “whoop”.

Ia mudah merebak, tetapi vaksin seperti DTaP dan Tdap boleh membantu menghalang batuk ini dalam kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.

image is not available
Whooping cough illustration.

Simptom Batuk Kokol:

  • Hidung berair
  • Hidung tersumbat dengan mukus
  • Mata merah dan berair
  • Demam
  • Batuk

Selepas seminggu atau dua minggu, tanda dan simptom akan menjadi lebih teruk. Batuk yang teruk dan berpanjangan boleh:

  • Merangsang untuk muntah
  • Menyebabkan muka menjadi merah atau biru
  • Menyebabkan kepenatan melampau
  • Berakhir dengan bunyi “whoop” bernada tinggi ketika bernafas.

image is not available

Apakah punca Batuk Kokol / Pertussis?

Pertussis disebabkan oleh bakteria. Apabila anda menyentuh individu yang dijangkiti bakteria ini, atau anda berada berhampiran dengan individu yang dijangkiti ketika mereka batuk atau bersin, anda akan bernafas dengan titisan air yang dipenuhi kuman halus yang disemburkan ke dalam paru-paru anda.

Apakah yang boleh meningkatkan risiko untuk mendapat Batuk Kokol?

  • Vaksin batuk ini yang anda terima semasa kanak-kanak sudah tidak berkesan.
  • Anak anda belum menerima vaksin secara penuh. Mereka tidak imun sepenuhnya sehingga mereka menerima sekurang-kurangnya tiga kali suntikan.

image is not available
Pernah Rekod Kematian Di Sabah, Kenali Simptom Batuk Kokol Wabak Boleh Bawa Maut

Gaya Hidup dan Rawatan Sampingan untuk Mencegah Batuk Kokol:

  • Minum air secukupnya. Air, jus dan sup adalah disarankan kepada anda.
  • Makan dalam jumlah yang sedikit, dapat membantu anda mengelakkan muntah selepas batuk.
  • Bersihkan udara adalah perlu untuk menghapuskan bahan penggalak kepada batuk anda seperti tembakau, asap dan kepulan daripada tempat pembakaran.
  • Tutup mulut ketika batuk dan cuci tangan selalu untuk menghalang jangkitan daripada merebak.

Lagi artikel berkaitan, anda boleh baca pautan di bawah:

View Original Article