“Thank You Jumpa Kita..” – ‘Post’ Video Bersama, Zarina Anjoulie ‘Get Back’ Dengan Bekas Tunang?

27 Aug 2023 • 10:59 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sedia maklum, selebriti sensasi Zarina Anjoulie sebelum ini pernah sempat menjalinkan tali pertunangan bersama seorang jejaka bernama Datuk Seri Elzey.

Namun, tidak lama selepas itu mereka mengambil keputusan untuk putus tunang dan bahkan sempat berlakunya perbalahan antara mereka berdua hingga menjadi perhatian netizen sebelum membuat keputusan berbaik semula demi anak.

Terbaru, di laman TikTok Elzey, lelaki terbabit ada memuat naik video bersama Zarina Anjoulie atau mesra dipanggil sebagai Anju setelah sekian lama hingga membuat netizen terkejut.

image is not available

Dapat dilihat dalam video terbabit mereka seakan sangat mesra bersama dan Anju juga sempat meletakkan tangannya dia bahu bekas tunang.

Susulan itu, muncul dakwaan daripada netizen mengatakan mereka sudah kembali bersama untuk menjalinkan hubungan semula.

image is not available

Dalam pada itu, ada juga mendoakan agar kedua-duanya segera mendirikan rumah tangga jika benar sudah bercinta balik kerana tidak mahu sejarah berulang kembali.

Bagaimanapun, kesahihan dakwaan tersebut masih belum tahu lagi kerana Anju dan Elzey tidak memberitahu apa-apa.

image is not available 6 months ago

"Time Sebar Aib Bukan Main Riak.." - Anju Tuntut Permohonan Maaf Dari Bekas Tunang

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved