Pernah Terfikir Mengapa Harga Telefon Pintar Makin Mahal? Ini Penjelasannya

TechnologyDigital
16 Jul 2025 • 4:02 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Telefon pintar masa kini boleh dianggap sebagai keperluan asas dalam kehidupan moden, bukan lagi sekadar kehendak. Hampir semua urusan seharian termasuk kerja, komunikasi, urusan kewangan dan hiburan bergantung kepada peranti ini.

Dengan kecanggihan teknologi yang ditawarkan, telefon pintar kini hadir dengan pelbagai fungsi yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan.

Ia bukan sekadar telefon, tetapi turut berperanan sebagai ‘komputer mini’ yang sentiasa berada di tangan pengguna.

Namun begitu, sesetengah model telefon dijual pada harga yang dilihat terlalu mahal, walaupun dalam kelas yang sama. Persoalannya, mengapa harga telefon pintar terus meningkat hingga mencecah ribuan ringgit?

Dari Alat Komunikasi Kepada Teknologi Premium

Jika dibandingkan dengan telefon mudah alih era 70-an dan 80-an, fungsi ketika itu hanyalah terhad untuk membuat dan menerima panggilan.

Perubahan mula berlaku apabila teknologi SMS diperkenalkan pada awal 90-an, diikuti fungsi asas lain seperti buku telefon digital dan permainan mudah alih.

Sekitar tahun 2000, perkembangan telefon pintar mula berubah secara drastik dengan adanya internet 2.5G mudah alih serta pengenalan kamera terbina dalam.

Sejak itu, telefon bukan lagi sekadar alat komunikasi, sebaliknya berkembang menjadi medium utama bagi pelbagai urusan harian.

Hari ini, telefon pintar bukan sahaja bersaing dari segi teknologi, malah berlumba menawarkan reka bentuk, inovasi dan imej jenama yang eksklusif. Namun, adakah semua ini benar-benar menjelaskan harga yang semakin mahal?

Punca Harga Telefon Makin Mahal

#1. Pembelian Secara Tunai Ubah Persepsi Harga

image is not available
Sumber: Freepik

Pembelian telefon pintar banyak dilakukan melalui kontrak pascabayar (postpaid) yang membahagikan harga kepada ansuran bulanan.

Kini lebih ramai pengguna memilih pembelian secara tunai atau pakej SIM-only, sekali gus membuatkan harga penuh telefon lebih ketara.

#2. Kos Bahan Mentah & Perkakasan Semakin Meningkat

image is not available
Sumber: Freepik

Penghasilan telefon pintar memerlukan komponen berkualiti tinggi termasuk bahan nadir bumi untuk cip pemprosesan, skrin, kamera dan sebagainya. Peningkatan kos bahan mentah ini turut menyumbang kepada kenaikan harga telefon.

#3. Kos Penyelidikan dan Inovasi Teknologi Termasuk R&D

image is not available
Sumber: Freepik

Pembangunan telefon pintar baharu memerlukan pelaburan besar dari segi penyelidikan, jurutera, pembangunan perisian dan inovasi teknologi. Semua kos ini (research and development) akhirnya dimasukkan dalam harga jualan kepada pengguna.

#4. Permintaan Semakin Berkurang

image is not available
Sumber: Freepik

Dengan kualiti peranti yang semakin baik, ramai pengguna tidak lagi menukar telefon setiap tahun. Jualan yang berkurang memaksa pengeluar menaikkan harga bagi menampung kos operasi dan kekal relevan dalam pasaran.

#5. Pengaruh Penjenamaan & Status Sosial

image is not available
Sumber: Pexels

Jenama besar seperti Apple dan Samsung bukan sekadar menjual produk flagship, tetapi turut menawarkan nilai eksklusif dan status sosial.

Faktor ini menyebabkan pengguna sanggup membayar lebih walaupun spesifikasi hampir setara dengan jenama lain.

Apa Yang Boleh Dipelajari Sebagai Pengguna?

Kenaikan harga telefon pintar bukan semata-mata disebabkan teknologi yang semakin canggih. Ia turut dipengaruhi faktor bahan mentah, kos inovasi, trend pembelian serta kekuatan jenama.

Sebagai pengguna, kita perlu lebih bijak menilai keperluan sebenar sebelum membuat pembelian.

Tidak semua model mahal memberikan pulangan nilai yang setara dengan harga yang dibayar, terutamanya jika penggunaan harian hanya melibatkan fungsi asas seperti komunikasi, media sosial dan kamera.

Membeli telefon berdasarkan keperluan dan kemampuan, bukan semata-mata jenama, boleh membantu kita lebih bijak mengurus kewangan dalam jangka masa panjang.

Source: