Peguam Kamal Hisham Jaafar yang mewakili dua anggota polis dalam kes membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, menegaskan tiada keperluan untuk mana-mana pihak mengulas mengenai masa lalunya.
Menurut Kamal Hisham, kehadirannya dalam kes berkenaan adalah sebagai peguam pemerhati bagi memastikan proses penyiasatan dan perbicaraan berjalan secara telus.
Advertisement
FAIL NSTP “Pada masa sama, saya juga bertindak sebagai peguam cara dalam kes tuntutan sivil berkaitan.”
“Peranan saya adalah atas dasar profesional dan bukannya atas dasar peribadi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Peguam Kamal Hisham Pernah Terlibat Kes Jenayah?
Kenyataan itu dibuat susulan dakwaan yang tular di media sosial mengenai penglibatan Kamal Hisham dalam kes mahkamah ketika beliau pernah berkhidmat sebagai penasihat undang-undang.
Kamal Hisham berkata beliau menjunjung kasih kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, yang ketika itu belum dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong, atas pemberian Pengampunan Tanpa Syarat kepadanya.
Menurut beliau, perkara berkenaan sudah dicanangkan secara rasmi oleh Istana Johor dan sepatutnya tidak lagi dipersoalkan.
“Jadi, perkara itu tidak sepatutnya disentuh atau dipertikaikan oleh mana-mana pihak demi menjaga kemuliaan serta kebesaran baginda dan ia juga sudah dianggap selesai.”
View this post on Instagram
“Kini, saya menjalankan tugas sebagai peguam bela dan peguam cara secara aktif seperti biasa kerana saya tidak pernah disabitkan dengan mana-mana kesalahan jenayah seperti tohmahan palsu di media sosial. Jika ada sabitan jenayah (terhadapnya) sudah pasti Majlis Peguam Malaysia tidak akan mengeluarkan Sijil Amalan Guaman saya,” katanya.
Kes Dikendalikan Secara Pro Bono Oleh Peguam Kamal Hisham
Dalam pada itu, Kamal Hisham menjelaskan kes berkenaan dikendalikan secara pro bono atau percuma.
Katanya, perkara tersebut merupakan sebahagian daripada khidmat guaman yang pernah dilakukannya untuk pelbagai kes lain sebelum ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa pasukan guamannya kini sedang mengumpul bukti berkaitan kecaman, fitnah serta kritikan yang didakwa sudah melebihi garis undang-undang untuk tindakan sewajarnya.
Mohd Shuhaily Mengaku Tidak Bersalah
Pada 21 Oktober lalu, Mohd Shuhaily mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap dua anggota polis.
Mohd Shuhaily, 54, membuat pengakuan tersebut selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Khairatul Animah Jelani.
Kes berkenaan berkaitan insiden yang didakwa berlaku membabitkan dua anggota polis dan Ketua Pengarah AKPS tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BIlik Terkunci Rapat Kini Terbuka, Lelaki Dakwa Ada 'Petunjuk' Baru Dalam Kes Kehilangan Zalina Azman
The post Pernah Terlibat Kes Jenayah Dan Kerabat Johor, Peguam Kes Dua Anggota Polis Dakwa Dikasari Shuhaily Minta Jangan Persoal Kisah Lalu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






