Peguam dua anggota polis kumpul bukti kecaman, fitnah melampaui undang-undang untuk tindakan

LocalPolitics
25 Oct 2026 • 1:52 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

Image from: Peguam dua anggota polis kumpul bukti kecaman, fitnah melampaui undang-undang untuk tindakan

KUALA LUMPUR - Peguam yang mewakili dua anggota polis dalam kes membabitkan Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, sedang mengumpul bukti-bukti kecaman, cercaan, fitnah dan kritikan yang melampaui garisan undang-undang untuk tindakan sewajarnya.

Peguam berkenaan, Datuk Kamal Hisham Jaafar berkata, peranannya dalam kes berkenaan adalah atas dasar profesional dan bukannya peribadi malah kes tersebut dikendalikannya secara pro bono (percuma).

Dalam kenyataan hari ini, Kamal Hisham memberitahu beliau bertindak sebagai peguam pemerhati dalam kes terbabit bagi memastikan perjalanan penyiasatan dan perbicaraan berjalan dengan telus.

“Pada masa yang sama, saya juga bertindak sebagai peguam cara dalam kes tuntutan sivil yang berkaitan. Peranan saya adalah atas dasar profesional dan bukannya atas dasar peribadi,’’ katanya.

Kamal Hisham mengulas mengenai serangan terhadapnya di media sosial sehinggakan latar belakang peribadinya termasuk kes lama beliau diungkit.

Kes itu mendapat perhatian umum selepas rakaman CCTV yang didakwa menunjukkan Shuhaily berkonfrontasi dengan seorang individu di Terminal 1, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), tular di media sosial

Pada 21 Oktober lalu, Shuhaily mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyebabkan kecederaan ke atas dua anggota polis di Mahkamah Majistret Sepang.

Mengulas lanjut, Kamal Hisham memberitahu serangan tersebut tidak akan mengalihkan perhatian atau melemahkan semangat untuk membela mereka yang berpangkat rendah.

“Segala kecaman terhadap saya dalam menjalankan tugas rasmi sebagai seorang peguam adalah merupakan suatu lumrah kehidupan bagi seorang yang berprinsip bahawa keadilan perlu ditegakkan tanpa rasa takut dan "without fear or favour".

“Saya percaya keadilan hanya boleh ditentukan melalui mahkamah, bukan melalui kecaman awam,’’ katanya.

Menurut Kamal Hisham, warganet perlu berfikiran terbuka dan tidak terlalu taksub dengan mempercayai kempen-kempen di media sosial yang tidak menggambarkan imej sebenar si pelaku serta dibuat untuk mengalihkan isu teras sebenar kes .

“Siasat dan kaji fakta dan bukti serta latar belakang pelaku sebelum memberi pandangan.

“Untuk memastikan pentadbiran keadilan dijalankan dengan adil dan saksama di Negara ini, saya anggap segala kecaman dan kritikan sebagai "satu hadiah untuk menjadi pembela kebenaran dan keadilan",’’ katanya. - 25 Oktober, 2026

The post Peguam dua anggota polis kumpul bukti kecaman, fitnah melampaui undang-undang untuk tindakan appeared first on Scoop.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved