Pernah Terserempak Kelibat Pada 2013, Wanita Dakwa Berjaya Rakam Bunyi Lolongan ‘Bigfoot’ Tak Jauh Dari Rumah

8 Aug 2022 • 10:50 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Suzanne Ferencak telah berkongsi rakaman audio yang berdurasi dua minit dan dia mempercayai bahawa lolongan itu berasal daripada Bigfoot yang didakwa tinggal berdekatan dengan rumahnya di Loudonville, Ohio, lapor Daily Star

Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) mendakwa dia tinggal di ‘kawasan panas Bigfoot‘ di mana dirinya dipercayai telah merakam beberapa bunyi lolongan makhluk berkenaan di sekitar rumahnya.

Wanita itu, Suzanne Ferencak telah berkongsi rakaman selama dua minit kepada Mansfield News Journal dan mendakwa dia berjaya mendapatkan rakaman suara lolongan daripada haiwan yang ‘tidak dikenal pasti’ itu.

Dia yang juga merupakan penduduk Loudonville, Ohio memberitahu organisasi berita tersebut bahawa dirinya pernah terserempak dengan makhluk ‘bigfoot’ berdekatan kawasannya pada Mei 2013.

Walau bagaimanapun, dakwanya, dia hanya mampu mendapatkan rakaman lolongan makhluk itu pada masa ini iaitu setelah kira-kira hampir sembilan tahun kemudian.

Ini Bukan Kali Pertama

Ketika insiden pertama, Ferencak mendakwa telah ternampak seekor makhluk berbulu dengan ketinggian 7½ kaki, yang mana bersesuaian dengan deskripsi bagi seekor Sasquatch, Yeti dan Grassman.

image is not available
Kredit: Daily Star

Sejak itu, dia telah menjalankan pelbagai kajian terhadap kawasan berkenaan dan mendapati bahawa kawasan itu merupakan ‘kawasan panas’ bagi aktiviti ‘bigfoot’.

Oleh sebab itu, dia mendakwa bahawa kadang-kadang dirinya terdengar bunyi ketukan dan lolongan yang tidak dapat dijelaskan dan juga penampakannya di dalam hutan, iaitu di belakang rumahnya.

image is not available
Gambar hiasan | Kredit: Getty Images

Kini, dirinya yang mengaku sebagai penyiasat Bigfoot akan memastikan bahawa dia tidak akan pernah melepaskan peluang untuk bertemu dengan makhluk itu, antara usahanya adalah meletakkan perakam audio di kawasan rumahnya.

Menurut USA Today, “Ini bukanlah perakam yang mahal. Jika saya keluar, saya akan pastikan rakaman akan berlangsung. Saya telah lakukan perkara ini selama sembilan tahun. Sepanjang masa tersebut, saya tidak dapat merakam apa-apa sesuatu yang menakjubkan,” katanya.

Walau bagaimanapun, usahanya untuk merakam audio di laman rumahnya selama 20,000 jam telah membuahkan hasil apabila dia berjaya merakam beberapa bunyi lolongan misteri pada 3 Julai 2022.

Dia menambah, “Anda mendengar beberapa lolongan. Kemudian anda mendengar suara koyote buat sementara waktu dan kemudian anda mendengar lolongan lagi,”

Dia serta-merta menyangka itu adalah bigfoot. Walau bagaimanapun, pakar mengatakan sangkaannya itu masih tidak dapat disahkan.

Pengesahan Daripada Pakar

Kyle Casey, seorang pakar alam semula jadi di Taman Negeri Mohican mengatakan bahawa dia dan rakan sekerjanya yang lain mendengar rakaman audio tersebut dan membandingkannya dengan rakaman suara haiwan lain.

Casey menyimpulkan, “Kami percaya bunyi paling mirip dengan bunyi rakaman tersebut adalah bunyi seekor koyote jantan alpha yang memanggil kumpulannya,”

image is not available
Gambar hiasan | Kredit: Pixabay

Walau bagaimanapun, pihak pakar telah mengatakan bahawa bunyi itu tidak berpadanan dengan bunyi mahkluk misteri tersebut.

Sungguhpun laporan itu telah mematahkan dakwaannya, Ferencak masih mempercayai bahawa lolongan itu adalah milik Bigfoot dan dia merancang untuk membuktikannya dengan membeli perakam audio yang lebih mahal.

Sumber: Daily Star