Polis Tangkap Wanita Ini Lepas Video Suap Anak Dengan Vodka Viral

Entertainment
7 Aug 2022 • 4:10 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang wanita telah berjaya ditahan polis selepas satu videonya viral di Kent, England. Dalam video itu, wanita itu telah menuang minuman beralkohol (dipercayai vodka) ke dalam penutup botol dan menyuapnya kepada bayi sambil memegang kepalanya ke belakang.

image is not available

Daripada klip berdurasi 14 saat itu, pihak polis Kent telah melancarkan siasatan segera dan menahan wanita itu dan pasangannya di kediaman mereka dekat Dover, Kent.

image is not available

Memetik laporan dari Daily Star, seorang lelaki tidak berbaju yang memakai seluar pendek di dalam video tersebut dipercayai adalah bapa kepada bayi itu. Polis telah menahan pasangan itu kerana disyaki melakukan kekejaman atau penderaan terhadap kanak-kanak.

image is not available

Tindakan telah diambil untuk melindungi bayi berusia sekitar 8 bulan itu dan kedua-dua pasangan itu telah diikat jamin untuk siasatan pihak polis.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.