Pernah Tular Aksi Spontan Dengan Tuan, Kalbar Si Tikus Belanda ‘Pergi’ Ketika TikTok Live

Entertainment
16 Aug 2023 • 4:55 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

“Mak bersyukur sayang, dari Kalbar datang dekat mak sampai Kalbar pergi, mak ada di sisi Kalbar.”

Demikian luahan Fatin Farhana Ismail atau lebih mesra disapa Bie apabila mendapati tikus belanda kesayangannya telah mati ketika mereka sedang membuat sesi live di TikTok.

Menurut pemiliknya, Kalbar sudah mula sakit kebelakangan ini dan dia sudah pun mencuba sedaya upaya merawat haiwan itu namun keadaan kesihatannya semakin merosot.

@at_bie

Rehat la disana anakku sayang , terima kasih teman mak selama hampir dua tahun , mak sayang kalbar dunia dan akhirat , jumpa mak disana anak kesayangan mak KALBAR Rest in peace #fyp #biekalbar

♬ original sound – Bie – Bie

“Saya minta maaf saya tak boleh dah nak selamatkan Kalbar. Saya dah cuba pelbagai jenis, saya dah pergi vet merata-rata.

“Saya dah pergi vet malam ini (semalam) disebabkan saya tengok dia rasa macam tak sedap hati.

“Selepas itu, saya tengok dia tidak boleh berdiri…” katanya sebelum Kalbar tiba-tiba tidak bergerak ketika di bahunya.

Situasi menyayat hati itu turut disaksikan oleh penonton yang berada dalam sesi live tersebut, rata-ratanya terkejut dengan pemergian Kalbar.

image is not available

Bagaimanapun, sehingga kini Bie masih tidak menyatakan penyebab yang membuatkan Kalbar mati.

Kalbar sebelum ini pernah tular di media sosial dan mendapat tempat di hati pengikut kerana aksi bersahaja dan comel seolah-olah memahami apa yang berlaku di sekelilingnya terutama semasa tuannya membuat live di TikTok.

Sakitnya kehilangan haiwan kesayangan ni, hanya tuhan saja yang tahu…

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved