Pernah Tular Di TikTok Kerana Berkahwin Dengan Lelaki Tua, ‘Nik Sayang Warga Emas’ Meninggal Dunia

Entertainment
19 Mar 2024 • 1:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ajal maut semuanya di tangan Tuhan, tidak kira umur atau di mana pun kita berada.

Jika anda merupakan pengguna TikTok tegar, pasti kenal dengan individu yang dikenali sebagai Nik atau lebih detail lagi ‘Nik sayang warga emas’, di mana dia dikenali kerana berkahwin dengan lelaki yang jauh lebih berusia daripadanya.

image is not available

Pun begitu, baru-baru ini, seorang individu yang didakwa kakak kepada Nik, Fatimatul Syuhada memberitahu menerusi laman Instagram miliknya bahawa remaja itu sudah pun meninggal dunia.

Dalam posting tersebut Nik atau nama sebenarnya, Nik Halimatul Saadiah difahamkan meninggal dunia berpunca daripada komplikasi kecederaan di kepala serta asma (sesak nafas).

“Assalamualaikum, alhamdulillah 10.45 PM, 18/3/2024 selesai pengebumian arwah Nik Halimatul Saadiah. Arwah meninggal kerana komplikasi kecederaan dan asma,” tulisnya.

image is not available

Selain itu, kakak kepada remaja itu turut meminta agar orang ramai yang pernah memuat naik content berkenaan Allahyarham untuk memadamnya bagi menjaga aurat serta aib adiknya itu.

“Minta tolong yang post pasal arwah tolong tengok aurat dan aib nya, saya mohon dan merayu untuk yang pos tolong delete.

Biarlah orang lupakan dia, biarlah dia tenang di alam abadi, cukuplah dengan semua comment,” tulisnya lagi.

Menerusi IG story, kakaknya itu juga memuat naik gambar-gambar Nik sebagai kenangan serta tanda peringatan.

Al-Fatihah…

Sumber: Instagram

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.