Pernah Tular Duit Tak Terbakar Dalam Beg Ketika Kebakaran, Wanita Dapat 10 Beg Dari Christy Ng [Video]

LocalHome & Living
24 Apr 2026 • 4:25 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Pernah Tular Duit Tak Terbakar Dalam Beg Ketika Kebakaran, Wanita Dapat 10 Beg Dari Christy Ng [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada hujung Mac lalu, tular di media sosial tragedi kebakaran yang menimpa sebuah keluarga di Gerik, Perak.

Apa yang menjadi perhatian adalah sebuah beg tangan keluaran designer terkenal tempatan, Christy Ng berada dalam keadaan separa terbakar dengan wang tunai berjumlah RM30 ditemui masih selamat dalam beg tersebut.

Penemuan itu nyata mendapat perhatian hingga ramai yang mengagumi ketahanan beg tangan dipercayai jenis Iggy Baguette dan menyifatkan kejadian itu adalah reviu sebenar produk berkenaan.

Malah kejadian itu juga turut menarik perhatian pengasas jenama beg tangan tersebut, Christy Ng sehingga menyebabkan dia meluahkan hasrat untuk menghulurkan bantuan buat mangsa.

Baca Artikel Berkaitan: Rumah Terbakar Kerana Litar Pintas, Duit Raya RM30 Dalam Beg Jenama Christy Ng Selamat [Video]

Christy Ng Bagi 10 Beg Buat Mangsa Kebakaran

Terbaharu, mangsa kebakaran yang dikenali sebagai Ain berkongsi momen indah di TikTok miliknya, @ainftryh apabila Christy Ng datang memberi bantuan kepadanya.

Menerusi video yang dikongsikan, dapat dilihat fashion designer itu bersama kumpulan media sosialnya yang dikenali sebagai Bengap Brothers membawa sebuah kotak besar berwarna pink tertera perkataan Christy Ng.

Apa yang menjadi perhatian adalah Ain menerima sebanyak 10 buah beg tangan daripada syarikat jenama tempatan itu.

10 buah beg tangan itu antaranya terdiri daripada koleksi Carson Tote Bag, Enzo Mini Duffle Beg dan Rian Tote Bag yang setiap satunya bernilai RM199.00.

Image from: Pernah Tular Duit Tak Terbakar Dalam Beg Ketika Kebakaran, Wanita Dapat 10 Beg Dari Christy Ng [Video]
Foto: TikTok @ainftryh

Jelas Ain, dia bersyukur dengan rezeki yang tidak disangka walaupun sebelum itu berhadapan dengan ujian Allah SWT.

“Alhamdulillah atas rezeki yang tak disangka-sangka. Daripada sebiji handbag (beg tangan) terbakar dan cuma selamat RM30 sahaja kepada sebesar nikmat ini. Thank you. Semoga Allah balas rezeki melimpah ruah untuk kamu semua,” tulisnya di kapsyen.

Image from: Pernah Tular Duit Tak Terbakar Dalam Beg Ketika Kebakaran, Wanita Dapat 10 Beg Dari Christy Ng [Video]
Foto: TikTok @ainftryh

Bukan Hanya Sekadar Dapat Beg, Christy Ng Turut Bagi Barang Keperluan Rumah

Bukan hanya sekadar beg tangan, Ain turut menerima pelbagai bentuk barangan daripada usahawan tersebut.

Menerusi hantaran berasingan, Ain menerima minyak masak, beras, barang keperluan bayi seperti lampin, pemasak bubur bayi, dapur gas, periuk nasi, cerek, kuali dan seterika wap (steam iron) daripada usahawan berkenaan.

Image from: Pernah Tular Duit Tak Terbakar Dalam Beg Ketika Kebakaran, Wanita Dapat 10 Beg Dari Christy Ng [Video]
Foto: TikTok @ainftryh

“Macam ni ke orang cakap ada pelangi selepas hujan? Masya-Allah terima kasih atas rezeki ini,” kongsi Ain lagi.

@ainftryh

Alhamdulillah atas rezeki yang tak disangka sangka. Daripada sebiji handbag terbakar dan cuma selamat RM30 sahaja kepada sebesar nikmat ini. Thankyou. Semoga Allah balas rezeki melimpah ruah untuk kamu semua @Christy Ng @Christy Ng Shoes #christyng

♬ Terus Berjuang – Jemari Besi

Tonton video penuh [DI SINI]

@ainftryh

Kadang rezeki tu datang bukan dari apa yang kita usaha je, tapi melalui orang lain yang Allah hantar tepat pada waktunya. Kita tak pernah sangka, satu pertemuan, satu pertolongan kecil, boleh jadi asbab rezeki yang besar. Betul lah, rezeki tak pernah salah alamat—cuma datang dalam cara yang kita tak jangka. Alhamdulillah terima kasih @Christy Ng @Christy Ng Shoes

♬ Salla Alayka Rahman – Maher Zain

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Teruja Dengan Barangan Yang Diterima, Anggap Pemberian Sebagai Rezeki

Perkongsian yang telah mendapat lebih 445,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial teruja melihat pemberian usahawan Christy Ng kepada Ain.

Malah, ada yang menganggap ia sebagai satu rezeki buat wanita itu selepas diuji dengan insiden rumah terbakar pada bulan lalu.

Bukan itu sahaja, ramai warganet yang turut memuji Christy Ng dan kumpulannya yang sanggup datang ke Gerik demi menyerahkan bantuan buat Ain.

Pada masa yang sama, ada netizen yang berhasrat untuk terus menyokong jenama tempatan itu setelah melihat kebaikan yang dibuat.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Tengok Video Ni Saya Terus Pergi Website Christy Ng, Cantik-Cantik Beg Dia, Jomlah Teracun”

Image from: Pernah Tular Duit Tak Terbakar Dalam Beg Ketika Kebakaran, Wanita Dapat 10 Beg Dari Christy Ng [Video]

“Sebab Video RM30 Awak, Saya Teracun”

Image from: Pernah Tular Duit Tak Terbakar Dalam Beg Ketika Kebakaran, Wanita Dapat 10 Beg Dari Christy Ng [Video]

“Tahniah Awak, Rezeki Awak, Semoga Kehidupan Lepas Ini Semakin Baik”

Image from: Pernah Tular Duit Tak Terbakar Dalam Beg Ketika Kebakaran, Wanita Dapat 10 Beg Dari Christy Ng [Video]

“Kalau Aku Pengsan Dulu Sebab Teruja, Thank You Christy Ng, Orang Baik”

Image from: Pernah Tular Duit Tak Terbakar Dalam Beg Ketika Kebakaran, Wanita Dapat 10 Beg Dari Christy Ng [Video]

“Kalau Saya Jadi Christy Ng Pun Saya Sanggup Spend Untuk Akak Ni, Sebab Review Dari Orang Biasa”

Image from: Pernah Tular Duit Tak Terbakar Dalam Beg Ketika Kebakaran, Wanita Dapat 10 Beg Dari Christy Ng [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Christy Ng Restock Pantri Untuk Staf Sempena Ramadan Raih Pujian, Siap Ada Kurma! [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Bangga Jenama Christy Ng Tembusi Pasaran Luar Negara, Buka Butik Pertama Di Indonesia [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Teruja Christy Ng Belanja Lebih RM30,000 Untuk Pantri Pejabat, Siap Sediakan Produk Penjagaan Diri [Video]