Pernah tular hafal ‘faktor perang dunia ke-2’, calon SPM dapat B dalam subjek sejarah

30 May 2024 • 10:41 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available

Calon SPM dapat B subjek sejarah susulan kesungguhannya menghafal beberapa topik untuk subjek tersebut sebelum menduduki peperiksaan itu tahun lalu.

Video calon terbabit menghafal faktor-faktor perang dunia kedua sewaktu mahu melangkah masuk ke dewan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah mendapat perhatian ramai apabila dikongsikan gurunya di platfrom TikTok.

Pernah janji beri keputusan cemerlang

Menerusi video tersebut, pelajar yang dikenali sebagai Shameil menyatakan yang dirinya tidak berjanji dapat memberikan A+ ataupun A untuk subjek tersebut, namun akan berusaha memberikan keputusan cemerlang kepada gurunya.

Calon SPM dapat B untuk subjek Sejarah

Disebabkan ramai yang bertanya tentang keputusan untuk subjek sejarah yang diperoleh, calon SPM berkenaan telah berkongsi result SPM miliknya dengan matapelajaran tersebut mendapat gred B.

Dia yang menggunakan nama akaun shameildany memohon maaf kepada gurunya kerana tidak memperoleh A untuk subjek yang mungkin menjadi kegemarannya itu.

Calon SPM dapat B, ramai ternanti-nanti keputusan dia

Walau bagaimanapun, perkongsian Shameil telah mendapat perhatian memandangkan ramai yang ternanti-nanti keputusan untuk subjek yang bersungguh-sungguh dihafalnya sewaktu mahu menduduki peperiksaan SPM tahun lalu.

Rata-rata mereka mengucapkan tahniah kepada remaja terbabit kerana keputusan yang diperoleh untuk mata pelajaran terbabit sudah cukup membanggakan dan tidak malu berkongsi keputusan keseluruhan SPM miliknya kepada semua.

image is not availableNampak dia betul2 suka subjek Sejarah

image is not available

Tahniah dik, boleh cuba masuk tingkatan 6

 

image is not available

Takpe dik, yang penting ada sijil SPM

 

image is not available

 

Semoga Shameil dapat menggunakan keputusan SPM yang diperoleh dengan sebaiknya sama ada memohon melanjutkan pelajaran ke bidang yang diminati atau mendapatkan pekerjaan yang selayaknya.

Semoga maju jaya Shameil.

Sumber: TikTok shameildany