Pernah Tular Hidap Penyakit Kanser Mata Tahap 4, Adik Alisa Umairah Disahkan Meninggal Dunia

13 Nov 2024 • 11:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Adik Alisa Umairah yang baru-baru ini tular kerana menghidap penyakit kanser mata tahap 4 disahkan telah meninggal dunia pada malam Rabu, hari ini.

Meninggal dunia

Perkara tersebut dikongsikan oleh radio Era menerusi satu hantaran di laman Instagram mereka. 

Sebelum ini, pengacara dan penyanyi Elly Mazlein turut hadir turun padang bagi menunggu perkembangan adik Alisa Umairah yang berada di ICU.

Alisa juga dilaporkan dalam keadaan kritikal dan hanya bergantung pada alat pernafasan.

Terdahulu, tularnya kisah mengenai adik Alisa yang bebas dari kanser mata tahap empat selepas menjalani tujuh ‘cycle’ kimoterapi.

Difahamkan, adik Alisa telah didiagnos menghidap kanser mata ketika berusia setahun.

Kisah adik Alisa ini mula mendapat perhatian apabila bapanya iaitu Nur Hisham Abd Hamid berkongsi anaknya itu gemar duduk di peti ais bagi mengurangkan kepanasan akibat kesan daripada rawatan kimoterapi.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved