Pernah Tular Kes Tipu Pengantin, Wedding Planner Dedah Kini Sakit Dan Tak Mampu Bekerja

6 Jun 2024 • 1:01 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
wedding planner scammer

Nama perancang perkahwinan, Zurin Jundi pada tahun 2017 pernah menjadi perhatian kerana didakwa memperdaya pelanggannya.

Zurin juga pernah diheret ke mahkamah di atas pertuduhan menipu mangsa dengan menawarkan pakej perkahwinan yang murah.

image is not available

image is not available

Terbaru, perancang perkahwinan ini muncul semula di media sosial mendedahkan mengenai kehidupannya kini.

image is not available

Katanya, pada awal 2024 dia diuji dengan masalah kesihatan di mana dia telah diserang stroke ringan dan menjalani pembedahan jantung.

Pergerakan saya terbatas, saya lebih banyak duduk di atas kerusi roda kerana tidak mampu untuk berjalan kerana masalah kaki.

Saya memang tiada daya untuk bekerja malah saya tidak mampu untuk urus diri dengan sempurna. Saya tidak bersuami, saya hanya hidup bersama ibu yang telah berusia 78 tahun.

Dia juga telah lumpuh sebelah badan menyebabkan tidak mampu bekerja lagi. Untuk meneruskan hidup, Zurin menulis buku mengenai cara berniaga hasil pengalamannya mengusahakan katering selama ini.

Zurin merayu orang ramai dapat membeli buku yang ditulis untuk kelangsungan hidup dan membayar hutang-hutang.

Dengan linangan air mata, wanita ini berkata dia bukan mahu meminta sedekah tetapi sudah buntu bagaimana untuk mencari wang kerana mempunyai penyakit kronik.

Dedah apa sebenarnya berlaku:

Kredit: TikTok @zurinjundi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.