“Saya bukan nak minta sedekah” – Pernah Tular Kes Scam Pakej Perkahwinan, Wedding Planner Mohon Simpati Netizen

Entertainment
5 Jun 2024 • 1:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Kalau ada yang masih ingat, sekitar tahun 2017, kita pernah digemparkan dengan kes melibatkan seorang perancang perkahwinan yang didakwa telah menipu beberapa pelanggannya membabitkan amaun lebih RM50,000.

Zurin Jundi atau nama sebenarnya, Zurina Ahmad Jundi walau bagaimanapun mendiamkan diri selepas dihadapkan ke mahkamah atas 12 pertuduhan terhadapnya pada tahun 2018.

Zurin Jundi tiba-tiba aktif di TikTok?

Namun setelah 7 tahun berlalu, nama perancang perkahwinan ini kembali tular di media sosial selepas dia dikatakan mempunyai akaun TikTok dan meminta simpati orang ramai atas ujian yang menimpanya.

Menerusi sebuah video yang dikongsikannya, Zurin mendedahkan bahawa dia kini ditimpa musibah apabila diuji dengan penyakit jantung pada Februari tahun ini sehingga terpaksa melalui pembedahan bypass.

image is not available

image is not available

Saya lumpuh sebelah kanan. Saya diserang minor stroke. Saya ada penyakit lain seperti diabetes.

Pergerakan saya terbatas, saya lebih banyak duduk di atas kerusi roda kerana tidak mampu untuk berjalan kerana masalah kaki. Saya memang tiada daya untuk bekerja malah saya tidak mampu untuk urus diri dengan sempurna.

“Saya tidak bersuami, saya hanya hidup bersama ibu yang telah berusia 78 tahun,” katanya.

Menerusi satu lagi video, Zurin yang kelihatan hiba meminta netizen menyebarkan videonya itu dan mendedahkan dia kini sedang berusaha untuk melunaskan hutang.

Dia juga memberitahu yang dia sudah berusaha sedaya upaya untuk keluar daripada bebanan hutang itu dan kini sedang menjual ebook berkaitan resepi demi membayar hutang-hutang tertunggak.

Saya cuba untuk keluar daripada bebanan hutang, tapi saya masih tak dapat. Jadi hari ini saya merayu, tolonglah sebarkan video saya ini.

“Saya bukan nak minta sedekah dengan awak. Sepanjang 7 tahun saya mencuba pelbagai resepi, saya bukukan ilmu saya dalam ebook. Tujuan saya menjual buku ini adalah 100% untuk membayar hutang-hutang saya.

“Saya tak kisah tak ada duit untuk rawatan saya, saya tak kisah. Saya dah tak mampu nak bekerja sebab saya diserang strok dan saya ada penyakit kronik yang lain,” katanya.

Ruang komen video-video berkenaan walau bagaimanapun dipenuhi dengan luahan mangsa-mangsa kes scam pakej perkahwinan beberapa tahun lepas yang mendedahkan mereka kehilangan ribuan ringgit akibat kes penipuan itu.

Namun ada juga yang meluahkan rasa simpati terhadap Zurin dan berharap urusannya dipermudahkan dalam melunaskan hutang-hutang berkenaan.

image is not available

Kita doakanlah urusan semua yang terlibat dalam kes ini dipermudahkan. Harap hutang yang tertunggak tu dapatlah dilunaskan.

Sumber: TikTok

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.

View Original Article