Pernah Tular Kes Wanita Maut Akibat Suntikan Payudara, ‘Pakar Kecantikan’ Kini Diburu Jabatan Kesihatan

Entertainment
27 Sep 2023 • 10:41 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pakar kecantikan dari Malaysia yang melakukan prosedur pembesaran payudara ke atas seorang suri rumah berusia 29 tahun yang menyebabkan kematian mangsa didakwa telah menghilangkan diri.

Selepas kematian mangsa, Tan Wei Shan bulan lalu, pengerusi jawatankuasa kesihatan dan perpaduan Johor, Ling Tian Soon berkata bahagian kawalan amalan perubatan swasta negeri telah melancarkan siasatan berhubung dakwaan itu dan dalam masa yang sama sedang mencari pakar kecantikan tersebut.

Menurutnya lagi, keluarga mangsa mendedahkan lokasi prosedur tersebut dijalankan iaitu di sebuah rumah dua tingkat di Taman Mutiara Rini, Skudai.

image is not available

Pun begitu, tiada kelibat pakar kecantikan yang dimaksudkan di rumah berkenaan selain nombor telefonnya tidak dapat dihubungi dan dia juga didapati telah menyahaktif kesemua akaun sosial media miliknya.

“Saya bagi tempoh seminggu untuk dia tampil dan bantu siasatan”

Tambahnya lagi, dia memberi masa satu minggu kepada suspek untuk tampil bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan dan jika dia tidak tampil untuk berikan kerjasama, pihak jabatan kesihatan akan meminta bantuan polis untuk mengesannya.

Dalam masa yang sama, pengerusi jawatankuasa kesihatan dan perpaduan Johor tersebut turut meminta orang awam untuk menyalurkan sebarang maklumat berkenaan suspek.

Selain itu, Soon juga mengesahkan yang pakar kecantikan tersebut sebenarnya tidak berlesen dan lokasi prosedur pembesaran payudara tersebut merupakan rumah yang disewa.

image is not available

Terdahulu, mangsa telah menjalani prosedur pembesaran payudara pada bulan Julai dan berasa pening dan tidak sihat selepas pulang ke rumah selain turut mengadu mengalami kesakitan dan bengkak pada bahagian dada.

Dia kemudiannya dikejarkan ke sebuah hospital swasta keesokan harinya dan meninggal beberapa hari kemudian iaitu pada 2 Ogos.

Menurut laporan, Tan hanya mahu mendapatkan rawatan facelift tetapi ‘pakar’ berkenaan yang dikenali melalui seorang kenalan tersebut telah meyakinkannya untuk melakukan pembesaran payudara.

Suami mangsa yang dikenali sebagai Wong mendedahkan laporan postmortem awal hospital mendapati punca kematian adalah disebabkan jangkitan kuman.

Sumber : SCMP

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.