Perodua akan lancar EV pertama hujung bulan ini

Business & Finance
11 Nov 2025 • 1:40 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Perodua akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama yang menepati kehendak nasional pada hujung bulan ini. Foto hiasan

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) akan melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama yang menepati kehendak nasional pada hujung bulan ini, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, pelancaran kenderaan EV Perodua buatan Malaysia sepenuhnya itu akan dijadikan Agenda Nasional.

"Kenderaan EV yang akan dilancarkan itu bersifat mampu milik, memenuhi kehendak nasional serta boleh menjana ekonomi (negara),” kata beliau ketika berucap semasa lawatan dan ramah mesra bersama warga kerja Perodua di sini pada Selasa. - Bernama

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved