Perodua Alza, adakah masih lagi mampu milik?

Cars
3 Jul 2022 • 8:00 AM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Perodua Alza, adakah masih lagi mampu milik?

Photo by Ketut Subiyanto from Pexels

Perodua Alza, adakah masih lagi mampu milik?

Jika masih lagi ingat, suatu masa dahulu Perodua membuka lembaran baru dengan pengeluaran baru kelas MPV untuk pasaran dalam negeri. Ianya menjadi fenomena hinggakan pesaing terpaksa mengeluarkan kelas yang sama.

Dan untuk tahun 2022 ini, pengeluar automotif nasional melancarkan Perodua Alza baru dengan satu imej yang sangat segar. Imejnya sangat menarik dengan wajah di hadapan yang baru dan dengan harga yang baru. Jika dilihat dengan harga yang baru, ianya bermula dengan RM61,000 untuk varian yang terbaharu. Adakah ianya berbaloi?

Dengan kenaikan harga yang meningkat untuk semua keperluan yang ada dalam pasaran, industri automotif juga mengalami kesan yang sama. Mungkin juga disebabkan oleh kenaikan gaji yang mendadak dalam pasaran. Oleh itu, ianya akan memberi kesan kepada harga.

Bagaimana pula dengan penerimaan pelanggan? Kepada mereka yang sudah memilik Perodua Alza pastinya ianya satu anjakan untuk membeli yang baharu. Dengan harga yang terbaru, ianya adalah sedikit menaik daripada sebelumnya. Jika dikira dengan pembiayaan bank sepenuhnya, anda perlu membayar bulanan yang sepatutnya.

Akan tetapi, dengan faedah yang banyak diterima iaitu dengan servis yang diberi oleh pihak pengeluar, ianya mungkin boleh merubah pendirian pelanggan. Dengan pembiayaan penuh anda harus membayar sehingga RM6,440 untuk sebuah kereta ekonomi dalam varian MPV. Ianya mampu milik sekiranya anda masih di tangga gaji B40.

Namun jika anda sudah berkeluarga, tangga gaji ini perlu di semak semula kerana perbelanjaan sudah menaik kini. Jika semua barangan basah dan kering boleh didapati dengan RM300 sebulan untuk belanja rumah sahaja, maka kereta ini adalah mampu milik.

Dan ianya akan menjadi liabiliti sekiranya tidak ada pendapatan lebih untuk menampung perbelanjaan kereta. Itu belum lagi termasuk cukai jalan, kos selenggara dan juga minyak perjalanan. Bagi yang masih lagi tidak mampu, jalan untuk untuk meningkatkan lagi pendapatan terbentang luas. Anda perlu bijak memilih keputusan dan jika anda ada simpanan sehingga enam bulan untuk ansuran, ianya adalah satu kebebasan kewangan kepada anda.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.