Perodua Duduk Tempat Kedua Di ASEAN Sebab Catat Jualan Kereta Penumpang Lebih 300K

LocalCars
7 Feb 2025 • 4:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Percaya atau tidak, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) melakar sejarah tersendiri apabila mencatatkan kedudukan kedua dalam segmen jualan kereta penumpang di ASEAN.

Perkara itu dikongsikan Perodua dalam satu majlis makan malam bersama media semalam.

Melihat carta di bawah, Perodua mencatatkan jualan kereta penumpang sebanyak 330,000 pada tahun 2023 membuatkan ia menduduki tempat ketiga.

image is not available

Bagaimanapun,dengan permintaan yang melonjak, Perodua menduduki tempat kedua selepas berjaya menjual sebanyak 358,000 kereta penumpang pada tahun lepas sekali gus berjaya mengatasi jualan Honda.

Berdasarkan carta sama, Toyota menduduki tempat pertama dengan mencatatkan jualan sebanyak 714,000 unit, tempat kedua Perodua, ketiga Honda (303,000 unit), Mitsubishi (200,000 unit) dan Proton pula (148,000).

Difahamkan, pencapaian Perodua ini sebenarnya disebabkan menerima permintaan tinggi terhadap model-model popularnya seperti Bezza, Axia dan Myvi.

Model-model itu dilihat sentiasa menjadi pilihan utama rakyat Malaysia disebabkan harganya yang mesra bajet.

image is not availableimage is not available

Malah, model-model Perodua dikatakan antara paling termurah di pasaran Malaysia sehinggakan ramai rakyat Malaysia sudah mampu memiliki kereta pertama mereka.