Perodua, Bufori Meterai Kerjasama Untuk Bangunkan eMO-II, Pasti Kereta Elektrik Perodua Nampak Gah!

LocalCars
9 Dec 2024 • 3:15 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Pengeluar kereta mewah buatan tangan yang berpangkalan di Malaysia, Bufori mengumumkan pihaknya akan berkerjasama dengan Perodua dalam pembangunan kereta konsep EV eMO-II.

Menurut Bufori, hasil kerjasama itu menandakan satu peristiwa penting dalam sejarah automotif Malaysia di mana ia akan memberikan sokongan teknikal.

Bantuan sokongan itu juga termasuk dari segi fabrikasi dan proses kemasan yang diperlukan, mereka cipta kereta konsep dengan bergaya, inovasi dan mewah.

image is not available

Bercakap mengenai kerjasama itu, Pengasas dan Pengarah Urusan Bufori, Gerry Khouri berkata, pihaknya teruja kerana dapat menyokong Perodua dalam menghidupkan projek berwawasan itu.

Bekerjasama dengan Perodua membolehkan kami berkongsi kepakaran dan menyumbang kepada projek yang mencerminkan semangat bersama yang menjangkaui sempadan.

image is not available

“Projek ini adalah contoh yang cemerlang bagaimana kerjasama dalam pemain automotif terkemuka Malaysia boleh membawa kepada hasil yang luar biasa," katanya.

Terdahulu, Perodua mendedahkan eMO-II di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024), pada minggu lepas.

Perodua berhasrat menghasilkan EV termurah di Malaysia memandangkan model EV itu akan dijual pada harga antara RM50,000 dan RM90,000 seunit.