Wanita Diserang Sawan Ketika Memandu, Peniaga Cedera Kedai Dirempuh Kereta

2 Feb 2025 • 11:24 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah kedai nasi lemak di Bandar Inderapura, Jerantut, Pahang telah dirempuh sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna biru selepas pemandu kereta tersebut iaitu seorang wanita telah diserang sawan.

Peniaga nasi lemak berkenaan dilaporkan telah mengalami kecederaan di bahu akibat kejadian kedainya dirempuh itu.

Memetik laporan Buletin TV3, mangsa, Wan Azmi yang berusia 42 tahun kemudiannya telah dibawa ke Hospital Jerantut untuk rawatan.

Pemandu wanita yang berusia 22 tahun itu pula kemudiannya telah pengsan di tempat kejadian dan mengalami cedera ringan.

image is not available

Wanita tersebut turut dibawa ke Hospital Jerantut untuk dirawat.

Menurut peniaga tersebut, kejadian berlaku pada malam tadi ketika dia sedang mengemaskan barang untuk menutup kedai.

image is not available

Dia kemudiannya terdengar bunyi dentuman di bahagian hadapan kedai kerana keretanya iaitu Perodua Viva terlebih dahulu telah dirempuh oleh kereta yang dipandu wanita itu sebelum ia kemudiannya merempuh kedainya.

Difahamkan juga, ketika insiden tersebut, tiada pelanggan di kedai terbabit.

Sumber: Buletin TV3

Sumber:

Sumber:

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.