Perodua Jelaskan Klausa Bateri EV ‘Patuh Syariah’ Susulan Kekeliruan Di Media Sosial

LocalCars
3 Dec 2025 • 12:29 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Perodua Jelaskan Klausa Bateri EV ‘Patuh Syariah’ Susulan Kekeliruan Di Media Sosial

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) hari ini menjelaskan bahawa terdapat salah faham komunikasi dalaman berhubung dokumen terma dan syarat perkhidmatan “Battery as a Service” yang tular di media sosial baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Dato’ Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, kekeliruan itu melibatkan klausa berkaitan pematuhan syariah.

“Kami tidak berniat untuk mengenakan syarat patuh syariah kepada pelanggan semasa menggunakan kenderaan kami,” ujar beliau.

Sehubungan itu, Perodua turut menyatakan bahawa terma dan syarat sebenar telah dilampirkan bersama kenyataan rasmi tersebut bagi rujukan semua pihak.

Dalam masa sama, syarikat itu turut menegaskan bahawa bateri disewa kepada pelanggan menerusi konsep Ijarah Beroperasi berasaskan Syariah.

“Perodua sebagai pemilik bateri, menyewakan bateri tersebut kepada anda dengan kadar sewa yang dipersetujui sepanjang tempoh sewa yang ditetapkan

“Hak milik bateri tetap berada di bawah Perodua, manakala anda hanya mempunyai hak penggunaan (usufruct) bateri tersebut.

“Pada akhir tempoh sewa, anda boleh memulangkan bateri kepada Perodua atau melanjutkan tempoh sewa bateri untuk tempoh kedua,” ujar syarikat itu lagi.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved