Perodua Lancar Platform Tempahan Dalam Talian Terbaru – Deposit Hanya RM100

LocalCars
13 Sep 2024 • 5:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Rancang untuk beli kereta Perodua? Kini anda boleh membuat tempahan secara dalam talian melalui platform tempahan terbaru yang telah dilancarkan.

Tawar Semua Model Terkini Perodua

Platform ini menawarkan semua model terkini dalam barisan kenderaan Perodua, di mana pelanggan boleh membuat tempahan dengan bayaran deposit hanya RM100 yang boleh dikembalikan semula.

Cara Membuat Tempahan

image is not availableimage is not availableimage is not available

Untuk membuat tempahan, pelanggan hanya perlu melayari laman web rasmi Perodua dan klik pada tab ‘Our Models’ untuk melihat menu tempahan. Di sini, anda boleh memilih model serta varian yang diinginkan, selain memilih warna dan aksesori tambahan daripada katalog Perodua Gear-Up.

image is not availableimage is not available

Setelah memilih kenderaan, pelanggan perlu mengisi borang, memilih cawangan dan penasihat jualan (SA), serta membuat bayaran deposit RM100 melalui kaedah pembayaran maya.

Seterusnya, pelanggan boleh memohon pinjaman sewa-beli daripada institusi kewangan yang bekerjasama dengan Perodua. Resit bayaran deposit akan dihantar melalui e-mel, dan status tempahan boleh dipantau melalui aplikasi mudah alih Perodua, UFirst.

Bagi pelanggan yang tidak menggunakan aplikasi UFirst, SA akan menghubungi secara langsung dalam tempoh 24 jam untuk menandatangani dokumen yang diperlukan selepas tempahan dibuat.

Tidak Langkau Giliran Penghantaran

Penting untuk diingat bahawa platform tempahan ini tidak akan membolehkan anda memintas giliran penghantaran, kerana tempahan melalui platform ini akan diproses sama seperti tempahan di cawangan fizikal. Tarikh penghantaran akan mengikuti tempoh menunggu di cawangan yang dipilih.

Perodua juga mengingatkan pelanggan yang telah membuat tempahan di cawangan fizikal agar tidak membuat tempahan di platform dalam talian, kerana sistem tidak akan membenarkan tempahan kedua jika tempahan pertama masih belum dipenuhi.

Trade-In dan Pandu Uji

image is not available

Selain membuat tempahan model baharu, platform tempahan Perodua ini juga membolehkan pelanggan menukar kenderaan lama mereka dengan model Perodua baharu (trade-in). Pelanggan juga boleh memilih untuk melakukan pandu uji terlebih dahulu dengan menandakan pilihan pandu uji semasa membuat tempahan.