Xiaomi Malaysia Mengacah Pengenalan Siri Xiaomi 14T Pada 26 September

TechnologyDigital
13 Sep 2024 • 2:32 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Menjelang penghujung tahun 2024 ini, pelbagai pengeluar kini bersaing antara satu sama lain dalam memperkenalkan peranti masing-masing. Selepas Samsung dengan telefon boleh-lipatnya, dan Apple dengan iPhone 16, kini Xiaomi turut mengacah pengenalan telefon pintar terbaru mereka.

image is not available

Melalui perkongsian Xiaomi Malaysia, ia memperlihatkan Xiaomi 14T akan diperkenalkan secara rasminya pada 26 September 2024 kelak.

Xiaomi 14T dijangka membawakan spesifikasi mercu, bersama-sama kamera yang dikuasakan teknologi Leica. Info lain berkenaan peranti ini masih samar-samar buat masa ini. Melalui penyenaraian di laman rasmi Xiaomi Malaysia, ia memperlihatkan pihak Xiaomi akan menawarkan bersama langganan Spotify Premium selama 4 bulan, dan storan Google One 100GB selama 6 bulan, selain jaminan peranti selama 24 bulan.

Dengan perkongsian ini, sama-sama kita nantikan pengenalan rasmi Xiaomi 14T ini secara rasminya pada penghujung bulan September ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved