Perodua Traz Dilancar, Perodua Sasar Jual 1,900 Unit Sebulan

LocalCars
17 Dec 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perodua mengakui  model terbaharunya, Perodua Traz yang baru sahaja dilancarkan pagi tadi  mempunyai pasarannya yang tersendiri.

Perodua Traz direka untuk menjadi kenderaan Perodua paling mesra pengguna dengan slogan ‘Engineered Simply’, yang mana SUV itu dibuat mengikut kehendak pemandu Malaysia.

image is not available

Untuk itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Sri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya menyasarkan  jualan Perodua Traz sekitar 1,900 unit sebulan,” katanya.

Untuk makluman, kos projek Perodua Traz  adalah sekitar RM563.3 juta dan dihasilkan di kilang Perodua Manufacturing Sdn Bhd di Sungai Choh, Rawang. 

Perodua Traz mempunyai 95 % kandungan tempatan sekali gus menyokong ekosistem pembekal tempatan serta meningkatkan nilai pembelian dalam negara.

image is not availableimage is not available

Lebih menarik, penghantaran kenderaan baharu itu dijangka bermula secepat mungkin di Semenanjung Malaysia.

Bagi yang berminat Perodua Perodua Traz ditawarkan dalam dua varian iaitu X dan H, dengan harga antara RM76,100 hingga RM82,000, menyasarkan pengguna bandar yang mahukan SUV kompak berharga kompetitif.

Traz dijana dengan enjin 1.5 liter 2NR-VE DVVT-i yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 105hp dan 138Nm, dipadankan dengan transmisi D-CVT, mencatatkan penggunaan bahan api sehingga 21.3 km/l mengikut Mod Kitaran Pemanduan Malaysia.

image is not available

Sehubungan itu, bagi yang berminat, anda boleh  melawat bilik pameran Perodua untuk pandu uji dan membuat tempahan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Perodua Traz, sila rujuk e-brosur kami serta layari laman web www.perodua.com.my.