Perompak Letupkan 2 ATM Di Setia Alam, Bawa Lari RM349K Dalam 5 Minit!

24 Feb 2023 • 3:17 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Awal pagi semalam, tiga perompak bertopeng telah letupkan dua mesin ATM di Setia Alam dan berjaya bawa lari RM349,000 dalam masa lima minit.

Menurut laporan, tiga perompak ini telah masuk ke dalam bank pada jam 6.48 pagi dan sembur kamera CCTV menggunakan cat berwarna hitam sebelum membawa lari wang tunai.

Untuk pengetahuan korang, keseluruhan kerugian yang dialami akibat rompakan ini adalah sebanyak RM409,000 di mana dua mesin ATM yang rosak teruk itu dianggarkan berharga RM60,000.

Ketua Polis Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan bahawa penyiasat di tempat kejadian telah mengenalpasti tiga suspek menaiki kereta Mitsubishi ASX berwarna putih telah masuk ke dalam premis tersebut, lapor NST.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kabur dan tidak jelas kerana suspek telah menyembur kamera yang terdapat dalam premis berkenaan menggunakan spray (semburan) cat berwarna hitam.

“Unit Pemusnah Bom (UPB) dan Post Balistic Investigation (PBI) turut dipanggil ke tempat kejadian untuk membuat ‘flushing’ dan membantu siasatan dan mendapati letupan dihasilkan dengan cara tekanan gas.”

Pihak polis kini sedang memburu tiga suspek tersebut dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 436/379 Kanun Keseksaan kerana melakukan kerosakan dengan bahan letupan dan mencuri.

 

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.