
KETUA Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata semangat perpaduan dan hormat-menghormati akan menjadi lebih kukuh sekiranya rakyat bersama-sama yakin dan bersatu dalam nilai bersama.
“Kita telah hidup bersama antara satu sama lain sebagai rakyat Malaysia sejati di Sabah. Kita telah menunjukkan toleransi, hormat-menghormati dan persefahaman antara satu sama lain,” katanya dalam perutusan Krismas 2022 pada 23 Disember.
“Tahun ini, ketika penganut Kristian meneruskan tradisi Krismas iaitu perhimpunan dan perayaan keluarga, kita semua harus, tanpa mengira kepercayaan dan agama kita, berterima kasih atas segala yang menyatukan kita.
“Marilah kita mengiktiraf semua kebaikan yang kita ada dalam hidup kita dan meraikan mesej muhibah, kebaikan dan belas kasihan,” tambahnya.
Hajiji, yang merupakan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), berkata sejak dua tahun lalu adalah sukar bagi semua orang yang terpaksa berhadapan dengan kesan pandemik Covid-19.
Di sebalik kesukaran itu, katanya, ramai yang bangkit untuk menghadapi masa yang mencabar dengan kemurahan hati, kebaikan dan harapan.
Untuk itu, beliau merakamkan penghargaan Kerajaan Negeri terhadap pekerja barisan hadapan dan ramai lagi di atas dedikasi mereka dan kerana meletakkan diri mereka dalam risiko untuk memastikan semua orang selamat.
“Kami berterima kasih atas pengorbanan dan khidmat mereka.
“Ketika kita menyambut Krismas, marilah kita meluangkan sedikit masa untuk mengucapkan terima kasih kepada pasukan keselamatan yang tidak dapat menyambut Krismas dan yang berani berkhidmat untuk negara kita,” kata Hajiji.
“Kita juga berterima kasih kepada semua barisan hadapan, pegawai penguatkuasa undang-undang dan profesional perubatan barisan hadapan yang bekerja tanpa jemu untuk berkhidmat dan melindungi komuniti kita.
“Mari kita juga mengingati mereka yang memerlukan di tengah-tengah kita dan bertindak balas dengan empati terhadap nasib mereka.”
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

![Ramai Kagum, Lagu Nyanyian Sheila Majid Pernah Diambil Untuk Iklan Nissan Skyline Di Jepun [Video]](https://cdn.newswav.com/img/topic/music.jpeg)

