Tahun lepas, bukti kewujudan Razer Blade 18 telah muncul di arena web kerana tertiris melalui laman Geekbench. Ia dilihat kali pertama Razer akan menggunakan cip pemprosesan Intel model HX. Sempena acara CES 2023 ini, Razer telah mengacah dan mengesahkan kewujudan Razer Blade 18 bersama-sama dengan Blade 16 baharu.
Have a closer look at our latest partnership with @nvidia—the new generation of Razer Blade gaming laptops powered by NVIDIA GeForce RTX 40 Series Graphics for the ultimate gaming and creator experience. Coming soon.#BeyondFast #RazerBlade pic.twitter.com/vSFVDjhS2a
Razer Blade 16 adalah model yang lebih kurang sama seperti sebelum ini, cuma dengan dalaman yang berbeza. Tetapi model paling menarik adalah Razer Blade 18 kerana dikatakan akan menjadi laptop gaming Razer paling berkuasa setakat ini.

Laptop ini akan dijana dengan cip Intel Core i9-13900HX dan menggunakan kad grafik Nvidia GeForce RTX 4090. Buat masa ini hanya saiz skrin 16-inci dan 18-inci serta penggunaan cip dan kad grafik sahaja Razer kongsi dan tiada butiran lain lagi mengenai dua laptop ini.
Dengan spesifikasi berkuasa ini, panel skrin yang akan digunakan mungkin adalah 4K dan OLED. Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut mengenai kehadiran Razer Blade 16 dan Razer Blade 18 2023.
