Perpindahan Penjaga Gol Kebangsaan Syihan Hazmi Ke JDT Terima Reaksi Pelbagai

Football
14 Jan 2023 • 10:24 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Penjaga gol skuad kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed secara rasminya telah diumum sebagai pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT). Perkara ini disahkan menerusi hantaran klip video yang dipaparkan di laman rasmi Johor Southern Tigers semalam.

Menerusi klip video di laman rasmi JDT itu, Syihan Hazmi dilihat menaiki sebuah limousin memasuki perkarangan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri di Johor Baharu, Johor. Bekas penjaga gol Negeri Sembilan itu dilihat menggunakan jersi bernombor 33 yang bakal digunakan pada saingan musim ini.

image is not available

Sebelum ini, Syihan telah dikaitkan dengan beberapa pasukan gergasi Liga Super selepas menampilkan prestasi cemerlang ketika beraksi bersama pasukan Negeri Sembilan dan pasukan kebangsaan.

Ketika bersama Negeri Sembilan, Syihan telah membantu pasukan itu menamatkan saingan liga di tangga ke-4. Pemain berusia 26 tahun ini turut menjadi tonggak penting Harimau Malaya dalam saingan Piala AFF dan kelayakan Piala Asia.

image is not available

image is not available

Di JDT, Syihan Hazmi akan bersaing dengan tiga lagi penjaga gol lain seperti Farizal Marlias dan Haziq Nadzli. Perpindahan Syihan ke JDT ternyata menggembirakan ramai peminat pasukan itu yang beranggapan dia akan menjadi pengganti Farizal Marlias buat jangka masa panjang.

Bagaimanapun, ada sesetengah peminat yang kurang senang dengan perpindahan ini kerana berpendapat Syihan bakal tidak bermain lagi untuk perlawanan pasukan kebangsaan yang berada di luar kalendar FIFA.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.