Perplexity Diintegrasikan Di Peringkat OS Pada Siri Samsung Galaxy S26

TechnologyDigital
27 Feb 2026 • 7:42 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerjasama antara Samsung dan Perplexity sudah diumumkan sebelum ini tetapi hari ini sejauh manakah kerjasama ini dilakukan telah didedahkan oleh Perplexity. Kecerdasan buatan (AI) Perplexity diintegrasikan pada tahap sistem dengan ia boleh diseru menggunakan frasa “Hey Plex” atau menekan butang sisi.

image is not available

Perplexity boleh membaca dan menulis terus ke aplikasi teras Samsung seperti Notes, Calendar, Gallery, Clock, dan Reminders. Ini menjadikan Perplexity syarikat bukan Google pertama yang menerima akses di peringkat sistem operasi pada peranti Samsung.

Bixby juga kini menggunakan API Perplexity untuk carian masa nyata. Menerusi gabungan carian web masa nyata dan LLM membolehkan Bixby memberi jawapan yang lebih terkini dengan sumber yang betul. Samsung Browser juga akan mengintegrasikan API Perplexity dengan keupayaan ejen pelayar. perplexity.ai.

Pembeli Samsung Galaxy S26 tidak perlu memuat turun Perplexity kerana ia sudah sedia terbina. Sokongan tiga AI secara terbina dalam peranti iaitu Galaxy AI, Gemini dan kini Perplexity ialah yang kali pertama dilakukan dalam industri. Data Samsung menunjukkan 8 daripada 10 pengguna menggunakan lebih daripada dua ejen AI setiap hari.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved