Snapseed Untuk iPhone Dikemaskini Dengan Butang Kamera Terbina

TechnologyDigital
20 Feb 2026 • 10:10 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Snapseed kini menerima kemas kini baharu khusus untuk pengguna iPhone dengan penambahan butang kamera terbina dalam aplikasi. Melalui butang kamera di bahagian atas kanan, pengguna kini boleh terus mengambil gambar tanpa perlu keluar dari aplikasi. Hal ini menjadikan Snapseed bukan sekadar aplikasi suntingan gambar tetapi juga aplikasi kamera penuh.

image is not available

Kemas kini ini turut memperkenalkan Pro Mode dengan kawalan manual seperti ISO, shutter speed dan autofokus. Selain itu, Snapseed Camera ini menyertakan beberapa mod yang boleh meniru gaya kamera filem klasik, serta membolehkan pengguna menggunakan “Saved Looks” terus ketika mengambil gambar. Imej yang dihasilkan juga boleh diubah suai semula, dikemaskini atau dikembalikan kepada keadaan asal walaupun selepas disimpan. Aplikasi ini turut menawarkan pilihan tema warna paparan viewfinder untuk memastikan pengalaman yang lebih bebas.

image is not available

Sebelum ini, fungsi kamera Snapseed hanya boleh diakses melalui widget Lock Screen, Control Center atau Camera Control. Dengan butang khusus dalam aplikasi, ciri ini lebih memudahkan penggunaannya. Buat masa ini, kemas kini hanya tersedia untuk iPhone dan belum ditawarkan kepada pengguna Android.