Perplexity Dilaporkan Sedang Berbincang Untuk Menyertakan AI Mereka Pada Telefon Samsung

TechnologyDigital
17 Apr 2025 • 11:04 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perplexity merupakan salah satu syarikat memfokuskan kecerdasan buatan yang menawarkan kemudahan melakukan carian menggunakan penawaran mereka. Selain penawaran melalui web dan aplikasi, kini Perplexity turut dilaporkan sedang berbincang dengan pihak Samsung untuk mengintegrasikan penawaran mereka pada telefon pintar keluaran Samsung.

Dengan langkah ini, ia akan membolehkan penawaran kecerdasan buatan Perplexity diakses melalui telefon Samsung. Perbincangan masih diperingkat awal buat masa ini. Buat masa ini, ia tidak diketahui sama ada penawaran Perplexity akan disertakan secara terbina, atau dipromosikan melalui Galaxy Store untuk semua memuat-turun.

Selain Samsung, Perplexity juga turut dalam perbincangan bersama Lenovo untuk menyertakan penawaran mereka pada telefon Motorola – dan dijangka diumumkan seawal bulan ini.

Untuk makluman juga, Samsung sedia melakukan pelaburan pada Perplexity melalui bahagian pelaburan mereka.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved