Perplexity Dilaporkan Sedang Meraih Dana Pada Nilai Mencapai $8 Bilion

TechnologyDigital
21 Oct 2024 • 8:31 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perplexity merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada kecerdasan buatan janaan, dan sering dipasarkan sebagai enjin carian yang dikuasakan kecerdasan buatan. Melaluinya, pengguna boleh melakukan carian menggunakan antaramuka chatbot, dan ia akan menjawab serta menyusun dalam sebuah halaman yang kemas.

Terbaru, ia dilaporkan Perplexity dalam proses untuk meraih suntikan dana baharu pada nilai mencapai $8 bilion. Perkhidmatan Perplexity dikatakan menerima sekitar 15 juta pertanyaan setiap hari pada hari ini. Mungkin dengan suntikan dana baharu ini, ia bukan sahaja membolehkan Perplexity terus membangunkan penyelesaian mereka, tetapi pada masa yang sama membolehkan ia dipasarkan dengan lebih meluas lagi.

Selain Perplexity, sebelum ini OpenAI turut telah mengumumkan sedang membangunkan SearchGPT – iaitu enjin carian dikuasakan kecerdasan buatan, dan telah mula ditawarkan secara terhad kepada sejumlah pengguna.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved