Perplexity Juga Berminat Membeli Brave dan The Brower Company Sebelum Membida Untuk Chrome

Digital
14 Aug 2025 • 11:03 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Awal minggu ini Perplexity membida $34.5 bilion untuk membeli Chrome daripada Google. Penawaran yang sangat berani kerana nilai Perplexity sendiri adalah lebih rendah daripada pelayar web nombor satu dunia. Dalam laporan terkini di The Information, Perplexity sebelum ini melakukan pertemuan degan Brave dan The Browser Company untuk membeli kedua-dua syarikat.

image is not available

Pertemuan dengan Browser Co yang membangunkan pelayar web Arc dilakukan penghujung tahun lalu. Kedua-dua syarikat tidak dapat bersetuju mengenai nilai jualan dan perbincangan telah dihentikan.

Bulan lalu pula Peplexity melakukan pertemuan pula dengan Brave dengan mereka menawarkan stok syarikat bernilai $1 bilion untuk mengambil alih. Sekali lagi persetujuan mengenai harga jualan gagal dicapai dan perbincangan dihentikan.

Pada waktu yang sama, OpenAI juga melakukan pertemuan dengan The Browser Company tetapi persetujuan gagal dicapai. Pembangun kecerdasan buatan (AI) ingin memiliki pelayar web mereka sendiri bagi mendapatkan data yang diperlukan untuk melatih model baharu. Ia kemudiannya boleh diintegrasikan kepada pelayar bagi memudahkan carian maklumat.