“Persaingan makin kuat” – Tak Macam Tahun lepas, Gerai Chef Ammar Di Bazar Ramadan Lengang?

Entertainment
15 Mar 2024 • 11:57 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Antara perkara yang paling ditunggu-tunggu pada bulan Ramadan ialah bazar Ramadan di mana kita boleh membeli makanan khusus untuk berbuka puasa.

Antara makanan yang dicari-cari di bazar Ramadan termasuklah kuih tepung pelita, murtabak dan juga ayam percik.

Mengikut trend semasa, kadangkala makanan viral seperti cromboloni, jelly balls juga turut dijual di bazar Ramadan.

Sejak beberapa tahun lalu, nama seorang chef ini sering disebut-sebut dek kerana menu timur tengahnya yang sangat viral sehinggakan orang beratur seawal jam 4 petang bagi membelinya.

Chef yang dimaksudkan ialah Chef Ammar yang menjual nasi arab dengan lauk istimewa iaitu lamb shank.

Setiap tahun, dia akan membuka gerai di tapak bazar Ramadan Stadium Shah Alam namun tahun ini, dapat dilihat gerainya tidak semeriah tahun sebelum-sebelum ini.

Seorang pengguna aplikasi X @skeperism berkongsi gerai Chef Ammar kosong dan pelanggan tidak seramai sebelum ini.

“Banyak saingan kot”

Rata-rata di ruangan replies berpendapat ianya mungkin kerana kini sudah ramai yang menjual menu yang hampir sama dengan harga yang lebih murah.

Malah, ada juga yang beranggapan makanan viral seperti ini biasanya tidak akan tahan lama dan hanya mengikut trend pada ketika itu.

image is not available

Korang dah pergi bazar ke tahun ni?

Sumber: X

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.