Persaraan bukan sekadar soal duit, kesedaran rancang masa depan semakin meningkat

LocalPersonal Finance
24 Jul 2026 • 2:33 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

Image from: Persaraan bukan sekadar soal duit, kesedaran rancang masa depan semakin meningkat

DULU, perancangan persaraan sering dianggap sesuatu yang hanya perlu difikirkan apabila usia semakin meningkat.

Namun, perubahan gaya hidup dan peningkatan kos sara hidup membuatkan semakin ramai mula menyedari kepentingan menyediakan persiapan lebih awal demi kehidupan yang lebih selesa pada masa hadapan.

Perkara itu dapat dilihat menerusi perkembangan Skim Persaraan Swasta (PRS) apabila jumlah aset di bawah pengurusannya kini mencecah RM10.9 bilion, menunjukkan peningkatan kesedaran rakyat Malaysia terhadap kepentingan membina simpanan jangka panjang.

Image from: Persaraan bukan sekadar soal duit, kesedaran rancang masa depan semakin meningkat

Pencapaian tersebut diumumkan sempena Hari PRS 2026 yang berlangsung selama dua hari di MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur. Program yang menghimpunkan pelbagai aktiviti berkaitan kewangan, kesihatan dan kesejahteraan itu mendapat sambutan positif daripada pengunjung, selain membuka ruang untuk orang ramai memahami dengan lebih dekat kepentingan perancangan masa depan.

Pengerusi Private Pension Administrator (PPA), Datuk Dr Tengku Aizan Tengku Abdul Hamid berkata, peningkatan aset PRS sebanyak RM2.1 bilion sejak awal tahun termasuk RM379 juta hasil caruman ahli, membuktikan semakin ramai individu mula mengambil langkah untuk menyediakan perlindungan kewangan bagi fasa persaraan.

Menurut beliau, jumlah keahlian PRS kini melebihi 690,000 orang selepas hampir 19,000 ahli baharu menyertai skim berkenaan sepanjang tahun ini.

Image from: Persaraan bukan sekadar soal duit, kesedaran rancang masa depan semakin meningkat

“Pencapaian ini menunjukkan semakin ramai rakyat Malaysia memahami bahawa persediaan persaraan perlu dimulakan lebih awal.

"Setiap usaha yang dilakukan hari ini mampu memberi kesan positif kepada kehidupan pada masa akan datang,” katanya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kehidupan selepas bersara bukan hanya berkaitan soal kewangan semata-mata.

Sebaliknya, ia turut melibatkan aspek kesihatan fizikal, kesejahteraan emosi, hubungan sosial serta keupayaan membuat keputusan kewangan yang bijak.

“Persaraan yang berkualiti bukan sekadar mempunyai simpanan mencukupi, tetapi bagaimana seseorang dapat menikmati kehidupan dengan lebih yakin, aktif dan bermakna,” katanya.

Image from: Persaraan bukan sekadar soal duit, kesedaran rancang masa depan semakin meningkat

Seiring dengan konsep kesejahteraan menyeluruh itu, Hari PRS 2026 menampilkan pelbagai aktiviti mesra keluarga termasuk sesi konsultasi kewangan, pemeriksaan kesihatan, bengkel literasi kewangan, aktiviti kecergasan seperti Zumba dan Pilates serta pengisian berkaitan gaya hidup sihat.

Ketua Pegawai Eksekutif PPA, Taufiq Iskandar berkata, sambutan terhadap Hari PRS 2026 menjadi petanda positif bahawa masyarakat semakin terbuka untuk berbincang mengenai persediaan persaraan.

Menurut beliau, usaha memperkukuhkan budaya menabung perlu diteruskan agar lebih ramai rakyat Malaysia melihat perancangan persaraan sebagai sebahagian daripada gaya hidup, bukannya sekadar tanggungjawab kewangan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved