Yang dipenjara pun tak pernah minta dibebaskan melalui pilihan raya – Pemuda UMNO tuju siapa?

LocalPolitics
6 Jul 2026 • 3:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang sepatutnya menjadi platform untuk parti-parti politik mengetengahkan idea, tawaran serta perancangan demi masa depan Bangsa Johor didakwa semakin dicemari dengan politik berasaskan kebencian.

Tak minta bebas ikut saluran pilihan raya

Image from: Yang dipenjara pun tak pernah minta dibebaskan melalui pilihan raya – Pemuda UMNO tuju siapa?

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros mendakwa situasi itu lebih membimbangkan apabila terdapat pihak yang terperangkap dengan naratif kebencian yang mereka cipta sendiri sehingga mengetepikan nilai akhlak yang sering dilaungkan.

“Bercerita tentang akhlak, tetapi tindakan dan apa yang keluar dari mulut menyerlahkan perangai sebenar. Cerita tentang reformis, tetapi yang keluar pelbagai jenis ugutan dan tohmahan kerana kuasa telah menguasai diri.
“Yang dipenjara tak pernah pun minta dibebaskan melalui saluran pilihan raya. Yang dibebaskan dari penjara melalui saluran pilihan raya pula merasakan hanya pilihan raya satu-satunya jalan keluar untuk bebas dari penjara,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa PRN Johor diadakan semata-mata kerana terdapat pihak yang mahu kembali berkuasa bagi membebaskan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketika berucap pada ceramah mega PH di DUN Serom pada Ahad, beliau turut menegaskan bahawa pilihan raya negeri itu tidak perlu diadakan pada waktu ini.

Image from: Yang dipenjara pun tak pernah minta dibebaskan melalui pilihan raya – Pemuda UMNO tuju siapa?

Mengulas lanjut, Noor Azleen berkata kempen pilihan raya seharusnya dimanfaatkan untuk membentangkan dasar serta idea yang mampu membawa manfaat kepada rakyat, bukannya dipenuhi dengan kata-kata nista, momokan, ugutan dan fitnah.

“Sepatutnya kempen diwarnai dengan pelbagai idea segar dan tawaran mengenai masa depan Bangsa Johor, namun ia dicemari dengan kata-kata keji. Kata orang, apa yang keluar dari mulut itu cerminan isi hati.
“Dua hari menjelajah ke seluruh pelusuk negeri, tetapi yang keluar hanyalah perkara tidak baik mengenai orang lain, bukannya apa yang hendak dilakukan untuk rakyat,” ujarnya.

Artikel lain: Kemenangan besar BN di Johor bukti rakyat mahu Najib diampunkan – Nazifuddin

Beliau turut menegaskan bahawa tingkah laku dan tutur kata seseorang pemimpin lebih menggambarkan keperibadian sebenar berbanding slogan yang dilaungkan sepanjang kempen.

“Ingatlah, pangkat dan kuasa hanya sementara. Bangsa Johor tak mudah alpa.
“Bangsa Johor tak mudah digula-gula,” tambahnya lagi.

Sumber: Sinar Harian (Nor Azura Md Amin)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved